M Update, 29/12/2020 – Kerajaan sehingga kini berjaya mengutip RM428.07 juta daripada penyedia perkhidmatan digital selepas Cukai Perkhidmatan Digital dikuatkuasakan awal tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abd Rahim Bakri. Beliau berkata antara penyedia perkhidmatan digital popular dikenakan cukai itu termasuk Netflix, Amazon, pengiklanan di platform media sosial seperti Facebook dan…
M Update, 29/12/2020 – Lebih 1,000 graduan muda bakal mendapat pendedahan kepada industri binaan menerusi Skim MyJob@WilayahPrihatin. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata program itu juga bakal membabitkan kerjasama lebih 30 pemaju di Wilayah Persekutuan. “Insya-Allah kira kira 1,000 atau lebih graduan muda dijangka dapat pendedahan kepada industri binaan…
M Update, 28/12/2020 – Dewan Negara hari ini meluluskan lima Rang Undang-undang (RUU) termasuk Rang Undang-Undang Kewangan 2020, Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2020, dan Rang Undang-Undang Eksais (Pindaan) 2020. Turut diluluskan Rang Undang-Undang Zon Bebas (Pindaan) 2020 dan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2020. Rang Undang-Undang Kewangan…
M Update, 28/12/2020 – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan memastikan peruntukan kementerian itu digunakan sebaiknya termasuk bagi merancakkan sektor pertanian secara keseluruhan di Sabah. Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata Sabah adalah pengeluar makanan yang ketara dan keterhadapan di negara ini. “Pembangunan infrastruktur dalam pertanian akan dapat memperlihatkan…
M Update, 24/12/2020 – Semua permohonan untuk kemudahan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuka pada Isnin lalu setakat ini berjalan lancar, sama ada secara digital atau fizikal. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bagi mereka yang layak dan maklumat tersedia di dalam pangkalan data…
M Update, 24/12/2020 – Kerajaan Perak memperuntukkan lebih RM10 juta bagi pembangunan program dan menaik taraf infrastruktur pelancongan di negeri ini tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, berkata sebanyak RM7 juta daripadanya dikendalikan Tourism Perak manakala bakinya dikendalikan agensi lain yang…
M Update, 23/12/2020 – Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan bayaran agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 (TK20). Ini membabitkan jumlah pembayaran agihan pendapatan sebanyak 3.50 sen seunit dan tambahan pembayaran ehsan sebanyak 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit…
M Update, 16/12/2020 – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerima sejumlah 37,901 permohonan bagi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) daripada majikan yang mewakili 340,252 pekerja dalam tempoh 16 Mac sehingga 27 Nov lepas. Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim berkata daripada jumlah permohonan itu, kerajaan telah membelanjakan RM211.33 juta bagi membantu majikan dan…
M Update, 15/12/2020 – Program Subsidi Upah (PSU) akan dilanjutkan melebihi tiga bulan tahun depan, tertakluk kepada beberapa petunjuk fiskal dan keadaan ekonomi negara. Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri, berkata PSU yang diwujudkan ketika pandemik COVID-19 berupaya mencetuskan kesan positif dalam menangani masalah pengangguran. Menerusi pendekatan itu,…
M Update, 14/12/2020 – Minggu terakhir Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bermula hari ini amat ditunggu-tunggu bagi melihat sama ada Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 diluluskan untuk bacaan kali ketiga yang dijadualkan Rabu ini. Selepas mengharungi pelbagai episod di dalam dan luar dewan selain perkembangan semasa tanah…