Input your search keywords and press Enter.

Jangan Sekat Penghuni Pulang Ke Kediaman – Ismail Sabri

M Update, 14/5/2020 – Pihak pengurusan bangunan berstrata seperti kondominium, pangsapuri dan rumah pangsa diingatkan tidak membuat peraturan sendiri dengan melarang penghuni kediaman yang pulang dari kampung masuk ke rumah masing-masing. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihak pengurusan perlu mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP)…

‘Pasangan Hujung Minggu’ Boleh Mohon Rentas Negeri

M Update, 14/5/2020 – Suami atau isteri ‘hujung minggu’ boleh mula mengemukakan permohonan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapat kebenaran perjalanan merentas negeri. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keistimewaan itu hanya diberikan kepada pasangan yang berjauhan kerana bekerja di dua negeri berbeza. Bagaimanapun, perjalanan rentas…

Dakwaan Pelajar Kembali Ke Sekolah Tahun Depan Tidak Benar

M Update, 14/5/2020 – Dakwaan murid sekolah rendah dan pelajar tingkatan 1 hingga 4 hanya akan memulakan sesi persekolahan pada 2021 adalah tidak benar. Menjelaskan perkara itu, Pasukan Tindak Balas Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi, sekiranya ada sebarang makluman berkaitan…

Bayi Dicampak Dari Tingkat Empat Stabil

M Update, 14/5/2020 – Bayi perempuan yang dicampak dari tingkat empat Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru, sebaik dilahirkan semalam, dilapor stabil dan sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang. Suspek berusia 18 tahun yang juga ibu bayi berkenaan turut berada dalam keadaan stabil dan dirawat di…

Kanak-kanak 11 Tahun Cedera Main Mercun Bola

M Update, 14/5/2020 – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera akibat letupan mercun bola berhampiran rumahnya di Besut, dekat sini, kira-kira jam 9.15 malam tadi. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan. “Mangsa dikatakan…

Saringan Percuma PERKESO: Keutamaan Diberi Kepada Pekerja Asing

M Update, 14/5/2020 – Saringan COVID-19 menerusi Program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan memberi keutamaan kepada pekerja asing, berkuat kuasa hari ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata tumpuan itu akan diberi kepada pekerja asing dalam sektor pembinaan dan industri kawalan yang beroperasi di Selangor…

Batal Hasrat Ziarah Aidilfitri Jika Gagal Patuhi SOP

M Update, 14/5/2020 – Orang ramai perlu membatalkan hasrat menziarahi ahli keluarga, terutama ibu bapa, pada sambutan Aidilfitri tahun ini jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini kerana sangat perlu bagi semua pihak mementingkan penjarakan sosial,…

Hanya Satu Laluan Ke Terengganu

M Update, 13/5/2020 – Berkuat kuasa hari ini, semua kenderaan daripada pantai barat ke negeri ini akan dilencongkan ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman. Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik, berkata hanya kenderaan yang mempunyai kelulusan rentas negeri akan dibenarkan meneruskan perjalanan ke negeri ini. Tegasnya, pemandu kenderaan…

Pejabat, Kaunter Perkhidmatan Kerajaan Dibuka Mulai Hari Ini

M Update, 13/5/2020 – Semua pejabat kerajaan, termasuk kaunter perkhidmatan awam, dibuka sepenuhnya, berkuat kuasa hari ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet, hari ini, namun ia tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Beliau berkata, antara SOP digariskan…

Ziarah Pada Hari Pertama Perayaan Sahaja – Ismail Sabri

M Update, 13/5/2020 – Kerajaan memutuskan supaya aktiviti ziarah sempena Aidilfitri, Pesta Keaamatan dan Hari Gawai, dihadkan kepada hari pertama perayaan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam, dalam usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19. Beliau berkata, prosedur…