Input your search keywords and press Enter.

Perlis Negeri Pertama Disytihar Zon Hijau

M Update, 24/4/2020 – Perlis muncul sebagai negeri pertama Zon Hijau COVID-19 kerana merekodkan kes jangkitan sifar bagi tempoh melebihi dua minggu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes jangkitan baharu COVID-19 turut mencatatkan penurunan di negeri lain di utara Semenanjung. “Bagaimanapun, kita kena lihat untuk…

Agong, Permaisuri Ucap Ramadan Al-Mubarak Kepada Umat Islam

M Update, 24/4/2020 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata…

Waktu Operasi Pengangkutan Diawalkan, Pasar Ditutup Lewat Ramadan Ini

M Update, 23/4/2020 – Waktu operasi perkhidmatan pengangkutan awam akan diawalkan sejam, iaitu bermula jam 4 petang hingga 10 malam pada Ramadan ini. Ini berikutan, ramai pekerja dan kakitangan dibenarkan pulang awal oleh majikan masing-masing. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pasar juga akan ditutup sehingga jam…

Tidak Dibenarkan Balik Kampung Sambut Puasa – Ismail Sabri

M Update, 23/4/2020 – Tiada sesiapa dibenarkan dari bandar pulang ke kampung bagi menyambut puasa,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau menjelaskan pengumuman mengenai kebenaran pulang semula ke Kuala Lumpur dan bandar yang dibuat semalam, tidak berkuat kuasa secara automatik. “Saya hendak perbetulkan di sini, apa…

Pemimpin Perlu Tunjuk Teladan Baik Kepada Rakyat

M Update, 23/4/2020 – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyeru mereka yang berada di peringkat kepimpinan mempamerkan contoh teladan baik kepada rakyat jelata dengan mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Datuk Pengelola Bijaya Diraja Kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Kolonel (B) Datuk Abd Rahim Mohamad…

Kit Ujian Korea Selatan Tiba Paling Lewat Minggu Depan

M Update, 23/4/2020 – Bekalan kit ujian pengesanan antigen dari Korea Selatan yang mempunyai ketepatan hampir 100 peratus dalam mengesan jangkitan COVID-19 dijangka tiba di negara ini selewat-lewatnya minggu depan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini Wisma Putra sedang membantu untuk menyegerakan proses pembelian dan…

6 Kriteria Tentukan PKP Disambung Atau Tidak

M Update, 23/4/2020 – Enam kriteria utama perlu diambil kira untuk menentukan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung atau tidak. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun pihaknya hanya memberi pandangan, sumber diperlukan dan data kepada Perdana Menteri sebelum PKP diputuskan bersambung atau tidak. “Kriteria pertama…

Sultan Terengganu Mahu Rakyat Tingkatkan Amalan Sepanjang Ramadan

M Update, 22/4/2020 – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam mempertingkatkan amalan sepanjang Ramadan ketika dunia bergelut dengan wabak COVID-19. Sultan Mizan bertitah disebabkan penularan wabak dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sambutan Ramadan tahun ini amat berbeza dan memberi kesan kepada seluruh umat Islam. Baginda menyeru…