Input your search keywords and press Enter.

Kes LTTE : Keputusan Ikat Jamin Dua ADUN, CEO Esok

M Update, 17/12/2019 – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan esok untuk memutuskan sama ada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang ketua pegawai perbadanan yang menghadapi pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, November tahun lepas dibenarkan diikat jamin atau sebaliknya. Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan…

Kes Altantuya: Permohonan Azilah Didengar April Depan

M Update, 17/12/2019 – Mahkamah Persekutuan di Putrajaya menetapkan 20 April depan untuk mendengar permohonan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri bagi menyemak semula keputusan yang mensabitkannya atas kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu. Perkara itu dimaklumkan oleh peguam J Kuldeep Kumar selepas pengurusan kes itu di hadapan Timbalan Pendaftar…

Gangguan Manusia Punca Peningkatan Bencana Alam – Sultan Nazrin

M Update, 17/12/2019 – Gangguan keterlaluan manusia terhadap sifat semula jadi alam serta aktiviti manusia yang menggunakan sumber alam untuk kepentingan perniagaan secara rakus, menyebabkan dunia hari ini berdepan dengan peningkatan krisis bencana alam. Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah, hutan dan pokok yang selama ini berperanan penting mengawal perubahan…

NADMA : Notis Amaran Melalui SMS

M Update, 17/12/2019 – Sebaran maklumat atau notis amaran bencana kepada komuniti melalui kiriman SMS antara inisiatif terbaru diperkenalkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma). Nadma dalam kenyataannya berkata, notis amaran melalui Program Ramalan dan Amaran Banjir (Prab), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu dimulakan awal bulan ini di Kuala Krai,…

Tomboi Dicekup Berkhalwat

M Update, 17/12/2019 – Wanita yang berperwatakan tomboi dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel bajet di Mergong, di Alor Setar, hari ini. Mereka ditahan sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) pada 12.55 tengah malam ketika berada di dalam sebuah bilik di hotel berkenaan. Ketika dicekup, lelaki berusia…

i-KeeP : Sebanyak 415 Premis Telah Diwujudkan Di Seluruh Negara

M Update, 17/12/2019 – Sebanyak 415 premis Inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP) termasuk satu kedai runcit bergerak ‘i-KeeP on Wheels’ telah diwujudkan di seluruh negara sehingga Disember tahun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jumlah itu merupakan peningkatan berbanding 300 premis…

Sidang Kemuncak KL Cari Penyelesaian Isu Dihadapi Dunia Islam

M Update, 17/12/2019 – Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL) 2019 yang diadakan minggu ini berobjektif untuk mengembalikan semula kegemilangan dunia Islam dan peradaban Islam. Pengkritik mungkin meragui akan cita-cita murni itu, tetapi Perdana Menteri yang juga Pengerusi sidang kemuncak ini Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya bersedia untuk mengetengahkan seruan penyatuan…

KPM Tidak Bercadang Hapus Hutang PTPTN 50 Peratus

M Update, 17/12/2019 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bercadang untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 50 peratus kepada semua penghutang PTPTN. Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata sekiranya insentif itu hendak dilaksanakan, kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM29 bilion iaitu 50 peratus daripada keseluruhan pinjaman…

Banjir 4 Negeri: Jumlah Mangsa Meningkat Kepada 10,652 Orang

M Update, 17/12/2019 – Jumlah mangsa banjir dipindahkan di empat negeri terjejas meningkat kepada 10,652 orang, dengan keseluruhannya 105 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan sehingga kini. Berdasarkan laporan dikeluarkan Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Johor adalah negeri paling terjejas apabila mencatatkan jumlah mangsa terbesar iaitu seramai 8,527…

Banjir : Hati-Hati Urus Peralatan Elektrik

M Update, 16/12/2019 – Penduduk yang terjejas banjir dinasihatkan sentiasa berwaspada ketika mengendalikan peralatan elektrik. Penduduk perlu memastikan bekalan elektrik ditutup apabila meninggalkan rumah, meletak peralatan elektrik ke tempat tinggi dan jangan menyentuh alat elektrik dengan tangan lembab. Penduduk juga dinasihat tidak menyentuh dawai voltan rendah dan tinggi bagi menggelakkan…