M Update, 28/2/2020 – Rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan sementara perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan umrah, ziarah dan pelancongan susulan langkah negara itu menggantung sementara kemasukan warganegara asing termasuk dari Malaysia berikutan wabak COVID-19. Wisma Putra dalam kenyataan semalam berkata ia bagi mengelakkan sebarang kesulitan setelah pengesahan rasmi berhubung perkara itu…
M Update, 28/2/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah atau bandar di Korea Selatan, Jepun, Itali, Iran selain China yang sebelum ini telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga 8 pagi ini, sejumlah 81,398 kes COVID-19 yang melibatkan…
M Update, 28/2/2020 – Kemelut politik yang melanda negara nampaknya belum menemui noktah. Episod demi episod yang berlaku saban hari sejak Ahad lepas, dilihat seperti akan berpanjangan. Hari ini Majlis Raja-Raja dijadual mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara, sebelum solat Jumaat. Keputusan daripada mesyuarat ini pastinya penting, antaranya difahamkan berhubung…
M Update, 28/2/2020 – Sidang khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini akan memilih Perdana Menteri yang baharu, kata Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri interim berkata, Yang di-Pertuan Agong tidak menemui mana-mana individu memperoleh majoriti yang jelas untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu. “Dan kerana…
M Update, 27/2/2020 – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan orang ramai menjaga tutur kata ketika menyampaikan pandangan dan pendapat di laman sosial berhubung situasi politik negara pada masa ini. Beliau berkata, semua pihak perlu menjaga perlakuan dan bijak dalam melontarkan pendapat supaya ia tidak melanggar undang-undang…
M Update, 27/2/2020 – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini menitahkan seluruh rakyat negeri Pahang melakukan munajat doa dan solat sunat hajat berikutan keadaan semasa politik negara. “Dengan ini memohon sekalian umat Islam di Negeri Pahang khasnya, mendoakan ke atas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia…
M Update, 27/2/2020 – Seramai 416,416 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 akan mengetahui keputusannya, 5 Mac ini. Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan, berkata daripada jumlah itu, seramai 357,010 ialah calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Kenyataan itu berkata, 8,320 pula calon sekolah bawah…
M Update, 27/2/2020 – Keterampilan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Ketua Utama Negara Malaysia dan “Payung Negara” menjadi kunci utama meleraikan konflik politik yang sedang melanda negara. Beberapa perkembangan terkini menggoncang kepimpinan serta pentadbiran negara dengan yang paling mengejutkan, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meletak…
M Update, 27/2/2020 – Jemaah wanita mengalami kecederaan di belakang badan selepas dipukul oleh dua lelaki yang menggunakan cangkul dan besi dalam kejadian samun di Masjid An-Nur Kampung Guar, Jalan Guar Jering di Kubang Semang, Bukit Mertajam, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Mohd Mustafa Bidin…
M Update, 27/2/2020 – Umat Islam di negara ini disaran melakukan solat hajat bagi memohon keamanan dalam menghadapi situasi politik yang mencabar berkaitan kedudukan tampuk kepimpinan negara. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya berkata, pihaknya akan menganjurkan solat hajat di semua masjid utama selepas solat Zohor,…