Input your search keywords and press Enter.

Maritim Malaysia tahan 22 Nelayan Vietnam,Thailand

M Update, 25/4/2019 – Dua kapal nelayan asing masing-masing dari Vietnam dan Thailand, dirampas selepas taktik menggunakan nombor pendaftaran kapal tempatan dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Dalam operasi dua hari bermula Isnin lalu, dua kapal nelayan asing itu ditahan berasingan membabitkan kapal Vietnam di lokasi 123 batu nautika…

Fathia Pula Buka Tudung..

M Update, 25/4/2019 – Selepas mencetuskan teka-teki apabila berkongsi gambar tidak bertudung di Instagramnya sejak Ahad lalu, pelakon kontroversi Fathia Latiff akhirnya mengakui itu adalah penampilan terkininya yang sudah tidak lagi mengenakan hijab. Perkara berkenaan diakui sendiri oleh empunya badan ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen di sebuah hotel, di…

Ajal dua sahabat

M Update, 25/4/2019 – Dua sahabat maut termasuk seorang daripadanya digilis treler selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Pelabuhan Barat di Pelabuhan Klang, semalam. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa, Amirul Naim Zainuddin, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala. Manakala, rakannya yang juga…

Dosa buang bayi di Masjid tetap sama.

Perkara terkutuk membuang bayi semakin menjadi-jadi di negara Malaysia dan apa yang lebih membimbangkan kebanyakan yang terlibat dalam kes buangan bayi ini adalah masyarakat beragama Islam. Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd, Mufti Pulau Pinang menjelaskan bahawa perbuatan membuang bayi sama ada di masjid ataupu di mana-mana kawasan/tempat tetap…

Pemulihan Bekalan Air Berperingkat Mulai Lewat Hari Ini

M Update, 25/4/2019 – Bekalan air dijangka kembali pulih secara berperingkat mulai lewat hari ini selepas kerja penambahbaikan penggantian komponen paip dan peralatan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), siap malam tadi. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago, berkata ia bergantung kepada lokasi…

Program Matrikulasi : Kuota Sedia Ada Dikekalkan

M Update, 25/4/2019 – Kabinet sebulat suara mengekalkan kuota kemasukan dengan 90 peratus untuk pelajar Bumiputera, manakala 10 peratus kepada bukan Bumiputera. Pada masa yang sama, Kabinet juga bersetuju supaya jumlah pengambilan pelajar untuk memasuki Program Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun ini, ditingkatkan kepada 40,000 tempat,…

Guru Tahfiz Lemas Selepas Tergelincir

M Update, 25/4/2019 – Guru tahfiz ditemui lemas selepas tergelincir daripada tebing batu setinggi kira-kira 7.5 meter ketika mandi di kawasan Air Terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir di Kuala Berang, pagi semalam. Mangsa, Wan Ahmad Faiz Wan Mohamed@Adnan, 36, yang beralamat di Taman Sri Aman Dalam, Pasir Puteh, Kelantan,…

PM : Patuh Dan Hormati Perlembagaan

M Update, 25/4/2019 – Perlembagaan negara perlu dihormati dan dipatuhi semua pihak, kegagalan berbuat demikian akan menafikan kedaulatan undang-undang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri menegaskan, selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Suruhanjaya Reid ditugaskan untuk merangka Perlembagaan Persekutuan yang bebas dan menjadi undang-undang tertinggi untuk rujukan…

Sarawak : Pengajaran Sains, Matematik Dalam Bahasa Inggeris

M Update, 25/4/2019 – Kerajaan Sarawak bersetuju melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di negeri ini. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata persetujuan itu dinyatakan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, pada pertemuan mereka di Wisma Bapa Malaysia, semalam. Sehubungan itu, katanya,…