M Update, 11/01/2021 – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan Februari ini diteruskan meskipun ada kebimbangan peningkatan kes COVID-19 sejak akhir-akhir ini. Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya tidak mahu status cemerlang peperiksaan SPM terjejas kerana sijil berkenaan juga diiktiraf di banyak negara dan…

M Update, 04/01/2021 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuka permohonan perlanjutan tempoh bayaran balik pinjaman berikutan wabak COVID-19 bermula esok hingga 31 Mac ini. Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, berkata permohonan boleh dilakukan melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my/PelanjutanBayaranBalikCovid19. “Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan ketika permohonan,” katanya…

M Update, 29/12/2020 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM96,500 bagi membantu golongan asnaf di Selangor menerusi pengagihan wakalah zakat PTPTN. Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, berkata pengagihan itu dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui program ‘Kasihku Zakat Selangor’, dalam bentuk akaun Skim Simpanan…

M Update, 29/12/2020 – Lebih 1,000 graduan muda bakal mendapat pendedahan kepada industri binaan menerusi Skim MyJob@WilayahPrihatin. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata program itu juga bakal membabitkan kerjasama lebih 30 pemaju di Wilayah Persekutuan. “Insya-Allah kira kira 1,000 atau lebih graduan muda dijangka dapat pendedahan kepada industri binaan…

M Update, 29/12/2020 – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memastikan portfolio khas yang menguruskan hal ehwal pelajar luar kampus ditubuhkan di semua universiti awam (UA). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kementeriannya melalui kerjasama semua UA dan Majlis Perumahan Universiti Malaysia (MAPUM) telah mengorak langkah bagi memastikan unit…

M Update, 23/12/2020 – Keluarga asnaf yang mendapat mendapat bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk pakaian dan peralatan sekolah, mulai hari ini boleh mendapatkan kelengkapan itu dengan ‘membeli tanpa membayar’ di 46 pasar raya dan kedai terpilih di Putrajaya, Labuan dan ibu negara. MAIWP dalam satu hantaran di…

M Update, 11/11/2020 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan Ujian Penilaian Kelas Agama dan Fardu Ain (UPKK) bagi subjek bertulis yang dibatalkan tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19 akan dibuat serentak dengan calon UPKK tahun depan. Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kepentingan semua pihak. JAKIM membuat keputusan UPKK…

M Update, 30/10/2020 – Kejayaan guru bahasa Inggeris Samuel Isaiah dari Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang yang dipilih sebagai 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020 mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Seri Paduka menzahirkan ucapan tahniah serta sukacita dan bangga atas dedikasi serta usaha murni guru muda dari Kuantan,…

M Update, 14/10/2020 – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) akan dikeluarkan Isnin ini. Calon akan menerima keputusan masing-masing melalui pos atau mendapatkan slip di Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar. Semakan keputusan SPMU 2020 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888. – KPM Semua calon perlu menaip SPMUNoKPAngkaGiliran,…

M Update, 6/10/2020 – Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2020/2021 dibenarkan untuk pulang bermalam pada cuti pertengahan Semester 1 bermula 9 Okt ini. Kementerian telah membuat ketetapan agar semua pelajar Kolej Matrikulasi Kedah, Kelantan dan Johor dibenarkan untuk pulang bermalam pada 9 hingga 17 Okt ini…