Input your search keywords and press Enter.

Tag

Datuk Seri Dr Adham Baba

COVID-19 : Perketat SOP Perkilangan & Pembinaan

M Update, 26/01/2021 – Prosedur operasi standard (SOP) berhubung operasi sektor perkilangan dan pembinaan di negara ini wajar diperketatkan bagi membendung penularan COVID-19. Presiden Gabungan Persatuan Anak Negeri (GAPAN), Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee, berkata tindakan itu perlu kerana kedua-dua sektor berkenaan dikenal pasti antara penyumbang tertinggi kes positif…

COVID-19: Penggunaan Katil Pesakit Di Hospital Lahad Datu Capai 91.4 Peratus

M Update, 26/01/2021 – Penggunaan katil oleh pesakit COVID-19 di Hospital Lahad Datu, di sini, kini mencapai tahap 91.4 peratus membabitkan seramai 128 pesakit. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata ia diikuti Hospital Queen Elizabeth (HQE) dengan kadar penggunaan katil oleh pesakit COVID-19 sebanyak 80.2…

COVID-19 : 95 Hospital Swasta Setuju Bantu Rawat Pesakit COVID

M Update, 26/01/2021 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat suntikan semangat dalam memerangi penularan pandemik COVID-19 apabila 95 buah hospital swasta bersetuju untuk membantu kerajaan dalam merawat pesakit COVID. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sesi libat urus antara kedua-dua pihak itu adalah satu perkembangan baik yang melibatkan pertukaran…

Jangan Politikkan Proklamasi Darurat – Ismail Sabri

M Update, 26/01/2021 – Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi mengekang pandemik COVID-19 tidak seharusnya dipolitikkan dan konteks kepentingannya perlu difahami, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya proklamasi itu bagi memudah cara dan memperkasa segala tindakan kerajaan dalam mengawal penularan virus dengan membuat ordinan baharu tanpa perlu melalui proses…

TLDM Usir 25 Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara

M Update, 26/01/2021 – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir 25 bot nelayan Indonesia yang didapati menceroboh masuk ke perairan negara kira-kira 52 batu nautika tenggara Pulau Perak, Kedah petang semalam. TLDM dalam kenyataan semalam memaklumkan pengusiran itu dilakukan Kapal Diraja (KD) Mahawangsa melalui Op Benteng Laut. “KD Mahawangsa yang sedang melaksanakan Op Benteng Laut…

COVID-19 : Bukan Ingkar Perintah Kuarantin, Tapi Minyak Habis

M Update, 25/01/2021 – Polis hari ini menjelaskan lelaki warga emas memakai gelang merah jambu yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook kononnya ingkar perintah kuarantin sebenarnya kehabisan minyak ketika dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk memotong gelang itu. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata disebabkan itu, warga…

Permintaan Terhadap Ujian Saringan Meningkat Susulan Peningkatan Kes COVID-19

M Update, 22/01/2021 – Sejak gelombang ketiga COVID-19 melanda Malaysia Oktober lepas, semakin ramai melakukan ujian saringan walaupun mereka tidak bergejala mahupun bukan kontak rapat kepada kes positif. Adakah kemampuan Malaysia pada masa ini cukup untuk memenuhi permintaan yang meningkat, dengan kes empat digit dicatat beberapa bulan, dan sekiranya berlaku senario…

Pesakit COVID-19 Perlu Sentiasa Positif – Dr Zulkifli

M Update, 22/01/2021 – Pesakit COVID-19 diingatkan agar sentiasa berfikiran positif, tidak berasa tersisih dan tertekan sepanjang menerima rawatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau yang juga pernah menjalani rawatan wabak tersebut di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selepas disahkan positif 4 Okt tahun lepas turut menasihatkan pesakit…

COVID-19 : Pelajar Dengan Suhu Lebih 37.5 Darjah Dilarang Masuk Kelas

M Update, 22/01/2021 – Pelajar Tingkatan Lima dan Enam yang hadir untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di sekolah masing-masing, tidak dibenarkan masuk ke kelas, jika suhu badan dikesan melebihi 37.5 darjah celsius. Sebaliknya, mereka akan ditempatkan dalam bilik isolasi sehinggalah berlakunya penurunan suhu badan. Pengarah Pendidikan negeri,…

Vaksinasi COVID-19 Penting Untuk Selamatkan Nyawa

M Update, 22/01/2021 – Vaksin COVID-19 amat penting dalam mengurangkan kadar kematian dan morbiditi pandemik itu, terutama dalam kalangan warga emas dan kumpulan yang berisiko tinggi, kata seorang pakar perubatan respiratori. Perunding dalam Perubatan Respiratori dan Dalaman, Pusat Paru-paru Hospital Pantai Kuala Lumpur Dr Helmy Haja Mydin berkata ia termasuk petugas…