Ledakan revolusi industri 4.0 menyaksikan pelbagai teknologi terkini menggantikan urusan tradisional. Ia bukan hanya menyentuh aspek teknologi pengkomputeran dan komunikasi, bahkan menyerap dalam semua aspek kehidupan termasuk kejuruteraan, perubatan, sosial, ekonomi, kewangan serta politik. Istilah ‘fintech’ merujuk kepada teknologi kewangan terkini dengan blok rantai (blockchain), teknologi lejar teragih, kecerdasan buatan…