Input your search keywords and press Enter.

Tag

Jabatan Penerangan Malaysia

Tiada Pihak Ketiga Dilantik Urus Program Rekalibrasi – JIM

M Update, 14/01/2021 – Jabatan Imigresen tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menguruskan Program Rekalibrasi bagi pendaftaran pekerja asing di negara ini. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak berurusan dengan pihak yang mendakwa sebagai ejen dan pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan tersebut dengan kadar bayaran tertentu. “Pendaftaran program ini boleh…

Mangsa Banjir Sarawak Terus Meningkat, Pahang, Sabah & Johor Semakin Berkurang

M Update, 14/01/2021 – Keadaan banjir di tiga buah negeri iaitu Sabah, Johor dan Kelantan semakin pulih dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan berkurangan, sementara keadaan di Pahang tidak banyak berubah akibat banjir termenung disebabkan limpahan air sungai Pahang. Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku di Sarawak apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat pagi ini ekoran keadaan hujan…

Pengisytiharan Darurat Tidak Berlawanan Prinsip Demokrasi Negara

M Update, 14/01/2021 – Pengisytiharan darurat yang dilakukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama sekali tidak berlawanan dengan prinsip demokrasi negara, malahan perkara itu jelas termaktub di dalam Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, isi kandungan Perlembagaan itu jelas memperuntukkan, adalah menjadi satu keperluan…

PKP 2.0 : Sabah Pertimbang Cadangan Pergerakan Lebih 10KM

M Update, 14/01/2021 – Kerajaan Negeri Sabah sedang mempertimbang cadangan untuk memberi kelonggaran pergerakan dalam radius lebih 10 kilometer (KM) sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan negeri juga sedang mengkaji keperluan untuk melaksanakannya seperti yang disarankan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali. Beliau…

PKP 2.0 : PDRM, ATM Laksana SJR Di Seluruh Negara Langkah Efektif Putuskan Rantaian COVID-19

M Update 14/01/2021 – Penugasan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dalam mengurangkan pergerakan rakyat selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  bermula tengah malam tadi dengan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara.  Pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19, yang semakin meningkat kini, turut dilaksanakan terutama di kawasan tumpuan.…

KKM Jangka Kes Jangkitan COVID-19 Dapat Dikurangkan Dalam Tempoh 4 Minggu

M Update, 14/01/2021 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia dapat dikurangkan kepada sekitar 500 ke 1,000 kes sehari dalam tempoh empat minggu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula semalam hingga 26 Jan, pihaknya akan meneliti data-data…

Bayaran BPN 2.0 Sebanyak RM2.38 Bilion Dibuat Mulai 21 Januari

M Update, 13/01/2021 – Kementerian Kewangan akan mempercepatkan bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima sedia ada serta kira-kira 460,000 penerima baharu, mulai 21 Januari ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ini susulan pengumuman pelbagai Perintah…

PKP 2.0 : Solat Jumaat, Fardu Di Negeri PKP Terhad Ahli Jawatankuasa Masjid

M Update, 13/01/2021 – Solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Jan, dilaksanakan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau. Bagi negeri-negeri yang dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB) pula, kelulusan adalah mengikut had jemaah serta keluasan ruang solat…

PKP 2.0 : Permit Perjalanan Rentas Daerah Boleh Diperoleh Di Mana-Mana Balai Polis

M Update, 13/01/2021 – Orang ramai boleh pergi ke mana-mana balai polis yang berhampiran untuk mendapatkan permit perjalanan rentas daerah, kata Ketua Polis Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit. “Ia tidak bermakna memandangkan Sibu adalah zon merah, orang ramai hanya boleh mendapatkan permit itu di Balai Polis Pusat Sibu. Tidak, mereka…

Perlu Peduli, Ambil Tahu Untuk Cegah Rasuah – KPPA

M Update, 13/01/2021 – Penjawat awam kini tidak lagi boleh bersikap “jangan jaga tepi kain orang” tetapi perlu ambil tahu dan peduli dengan perlakuan rakan di tempat kerja bagi mencegah perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam daripada menjadi barah. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata setiap…