M Update, 3/8/2020 – Angkara seorang individu ingkar kuarantin di rumah, kira-kira 7,000 penduduk meliputi empat mukim di Kedah, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) mulai hari ini hingga 30 Ogos. TEMCO dilaksanakan bagi membolehkan pasukan petugas perubatan menyaring semua penduduk terbabit daripada jangkitan COVID-19 dalam penularan…
M Update, 3/8/2020 – Pergerakan keluar dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan tidak memerlukan kebenaran pihak polis, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) semalam. Menurut kenyataan dikeluarkan JPBN itu, kawalan pergerakan hanya melibatkan pergerakan antara Zon Satu (zon kuning/merah COVID-19) dan Zon Dua (zon hijau COVID-19) sahaja. “Kawalan pergerakan di negeri…
M Update, 3/8/2020 – Penjawat awam perlu menjadi contoh kepada masyarakat khususnya di Sabah dalam mematuhi pemakaian pelitup muka seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor berkata ia merupakan antara tanggungjawab bukan hanya sebagai rakyat tetapi juga sebagai penjawat awam. “……dan bukan antara orang yang ingkar prosedur…
M Update, 28/7/2020 – Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi penambahan kes baharu COVID-19, iaitu 48 kes di antara 19 hingga 25 Julai lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata selain Sarawak dua lagi negeri turut mencatatkan pertambahan kes baharu yang tinggi ialah Johor (29 kes) dan Selangor (24…
M Update, 28/7/2020 – Malaysia bakal menghadapi gelombang ketiga COVID-19 jika rakyat tidak patuh dengan prosedur operasi standard (SOP). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata berikutan itu rakyat perlu mengambil tindakan pencegahan bagi mengelakkan kes baharu meningkat secara mendadak. “Pada minggu lalu sahaja, sudah ada peningkatan 120…
M Update, 24/7/2020 – Lelaki berusia 51 tahun dikompaun RM1,000 kerana ingkar arahan kuarantin di rumah dan berkeliaran di kedai makan di Kampung Jering, Ayer Tawar dekat Manjung, semalam. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lelaki terbabit didapati memakai gelang tangan merah jambu di bawah perintah…
M Update, 24/7/2020 – Orang ramai tidak digalakkan memakai pelitup muka jenis kain ketika berada di kawasan sesak atau tumpuan umum kerana berisiko dijangkiti COVID-19. Sebaliknya, pemakaian pelitup muka kategori tiga lapisan paling sesuai digunakan kerana boleh menghalang virus terbabit tersebar melalui pengudaraan jika individu terkena titisan cecair dari hidung…
M Update, 24/7/2020 – Pejabat Kesihatan Tawau menafikan kesahihan beberapa mesej tular di media sosial berkaitan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah di Tawau. Mesej itu dipercayai mula tersebar sejak kelmarin berikutan seorang anggota Jabatan Penjara Tawau, yang disahkan positif wabak berkenaan Selasa lalu. Pegawai Kesihatan Tawau, Dr G…
M Update, 23/7/2020 – Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai di dalam kenderaan awam dan ketika berada di kawasan sesak atau tumpuan umum. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yakub, berkata langkah itu diambil berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19. Katanya, pemakaian pelitup muka itu diwajibkan di kawasan…
M Update, 23/7/2020- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster Hyde Park di Selangor dan Kluster PUI Melbourne di Sarawak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Memperincikan Kluster Hyde Park, beliau berkata kluster itu dikesan di atas sebuah kapal di Pelabuhan Klang, melibatkan seorang anak kapal warga Rusia (kes ke-8769) yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara…