Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

ATM Sahkan Berlaku Serangan Siber Terhadap Rangkaian Data

M Update, 29/12/2020 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan telah berlaku serangan siber terhadap rangkaian data miliknya semalam. Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata, insiden itu telah dikesan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM. Bagaimanapun, beliau berkata serangan itu hanya melibatkan segmen tertentu yang…

Permohonan i-Sinar KWSP Berjalan Lancar

M Update, 24/12/2020 – Semua permohonan untuk kemudahan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuka pada Isnin lalu setakat ini berjalan lancar, sama ada secara digital atau fizikal. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bagi mereka yang layak dan maklumat tersedia di dalam pangkalan data…

Pesara Wanita Ditipu RM87,400, Sindiket Love Scam

M Update, 24/12/2020 – Seorang pesara wanita di sini terpaksa ditipu RM87,400 selepas diperdaya sindiket Love Scam yang menyamar sebagai lelaki warganegara Amerika Syarikat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia berusia 60 tahun berkenalan dengan suspek pada Oktober lalu, di laman sosial…

DPN 2020-2030 Bermatlamat Menjamin Kelangsungan Industri Pelancongan Negara

M Update, 23/12/2020 – Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 yang dilancarkan hari ini bermatlamat menjamin kelangsungan industri pelancongan negara serta kembali menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terpilih di peringkat global, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri ketika berucap melancarkan dasar berkenaan secara dalam talian, berkata matlamat itu akan dicapai melalui…

MOSTI Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Kenyataan Palsu Mengenai Vaksin COVID-19

M Update, 23/12/2020 – Tuduhan di laman sosial bahawa kerajaan telah membayar RM3 bilion untuk pembelian 10 juta dos vaksin COVID-19 adalah tidak benar, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). MOSTI menjelaskan seperti yang telah diumumkan sebelum ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM3 bilion bagi tujuan perolehan vaksin COVID-19 dan peruntukan RM3…

J-Kom Perbanyak Inisiatif, Libatkan Golongan OKU

M Update, 22/12/2020 – Selain pembudayaan normal baharu, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) akan turut memperbanyakkan inisiatif yang melibatkan golongan orang kurang upaya (OKU) di peringkat awal penubuhan jabatan itu. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata matlamat J-Kom adalah untuk mengadakan hubungan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat, dan dalam…

Tiada Pengecualian Setem Untuk Pindah Milik Hartanah

M Update, 17/12/2020 – Kerajaan tidak bercadang memberikan pengecualian duti setem untuk pindah milik hartanah daripada ibu bapa kepada anak ketika ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau menjelaskan berdasarkan ketetapan sedia ada, pengecualian duti setem seratus peratus hanya diberikan atas pindah milik antara suami dan isteri…

Sabah Perlukan Infrastruktur Internet Terbaik Bantu Peniaga Kecil

M Update, 17/12/2020 – Sabah memerlukan infrastruktur Internet yang baik dalam usaha membantu menghidupkan semula peniaga kecil yang terjejas akibat penularan COVID-19, kata  Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Masidi Manjun. Jurucakap rasmi COVID-19 Kerajaan Negeri Sabah itu berkata ini kerana cara pemasaran dan pembelian dalam talian telah menjadi antara norma baharu dalam…

JKM Cari Waris Warga Emas Yang Terlantar Di HTAN

M Update, 17/12/2020 – Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kuala Pilah sedang mencari waris seorang wanita warga emas yang terlantar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah sejak 29 November lalu. Pegawai warga emas JKM daerah Kuala Pilah, Mohd Ikram Ismail, berkata Fatimah Ammuni Abdullah , 78, sedang…