M Update, 15/01/2021 – Pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini mempunyai bidang kuasa menahan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata di bawah pelaksanaan Ordinan Darurat, bidang kuasa tentera dan polis adalah sama…
M Update, 14/01/2021 – Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini, khususnya melalui laluan tikus dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19. Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 PGA (PGA7) Supt Azhari Nusi berkata usaha ini selaras dengan Pengisytiharan Proklamasi Darurat yang…
M Update, 14/01/2021 – Semua kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kekal beroperasi antara jam 6 pagi hingga 8 malam. Negeri berkenaan adalah Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor. Pengarah Urusan…
M Update, 14/01/2021 – Kerajaan akan terus memastikan kesejahteraan rakyat dari segi kesihatan dan ekonomi walaupun negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, kerajaan sudah berkali-kali membuktikan tiada kompromi dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi. Malah…
M Update, 14/01/2021 – Jabatan Imigresen tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menguruskan Program Rekalibrasi bagi pendaftaran pekerja asing di negara ini. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak berurusan dengan pihak yang mendakwa sebagai ejen dan pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan tersebut dengan kadar bayaran tertentu. “Pendaftaran program ini boleh…
M Update, 14/01/2021 – Pengisytiharan darurat yang dilakukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama sekali tidak berlawanan dengan prinsip demokrasi negara, malahan perkara itu jelas termaktub di dalam Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, isi kandungan Perlembagaan itu jelas memperuntukkan, adalah menjadi satu keperluan…
M Update 14/01/2021 – Penugasan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dalam mengurangkan pergerakan rakyat selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tengah malam tadi dengan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara. Pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19, yang semakin meningkat kini, turut dilaksanakan terutama di kawasan tumpuan.…
M Update, 13/01/2021 – Solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Jan, dilaksanakan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau. Bagi negeri-negeri yang dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB) pula, kelulusan adalah mengikut had jemaah serta keluasan ruang solat…
M Update, 13/01/2021 – Orang ramai boleh pergi ke mana-mana balai polis yang berhampiran untuk mendapatkan permit perjalanan rentas daerah, kata Ketua Polis Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit. “Ia tidak bermakna memandangkan Sibu adalah zon merah, orang ramai hanya boleh mendapatkan permit itu di Balai Polis Pusat Sibu. Tidak, mereka…
M Update, 13/01/2021 – Polis Putrajaya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri bermula hari ini hingga 26 Jan. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya ASP Marlizan Pa’adek berkata tindakan tegas…