Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jangan Politikkan Proklamasi Darurat – Ismail Sabri

M Update, 26/01/2021 – Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi mengekang pandemik COVID-19 tidak seharusnya dipolitikkan dan konteks kepentingannya perlu difahami, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya proklamasi itu bagi memudah cara dan memperkasa segala tindakan kerajaan dalam mengawal penularan virus dengan membuat ordinan baharu tanpa perlu melalui proses…

TLDM Usir 25 Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara

M Update, 26/01/2021 – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir 25 bot nelayan Indonesia yang didapati menceroboh masuk ke perairan negara kira-kira 52 batu nautika tenggara Pulau Perak, Kedah petang semalam. TLDM dalam kenyataan semalam memaklumkan pengusiran itu dilakukan Kapal Diraja (KD) Mahawangsa melalui Op Benteng Laut. “KD Mahawangsa yang sedang melaksanakan Op Benteng Laut…

PKP 2.0 : Buruh Binaan Bangladesh Langgar SJR Didenda RM500

M Update, 25/01/2021 – Tindakan seorang buruh binaan warga Bangladesh melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sekatan jalan raya (SJR) untuk berjumpa rakannya mengundang padah, apabila didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret M. Barath turut memerintahkan Shahabuddin, 32, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu dipenjara sehari jika dia gagal…

PKP 2.0: Kepentingan Imbangi Aspek Ekonomi & Kesihatan – Ismail Sabri

M Update, 25/01/2021 – Keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali kedua dengan memberikan kelonggaran tertentu terutama bagi sektor ekonomi adalah sesuatu yang sukar, namun perlu dibuat bagi mengimbangi aspek kesihatan rakyat dan juga ekonomi.  Bagi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP kali ini melihat kepada kepentingan ekonomi tidak…

PKP 2.0 : MAIK Diminta Benarkan 50 Jemaah Solat Jumaat Di Kelantan

M Update, 25/01/2021 – Mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan bersetuju agar bilangan jemaah untuk solat Jumaat di negeri itu ditambah kepada 50 orang berbanding 12 sekarang sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata perkara itu akan dikemukakan…

PKP 2.0 : JPJ Pulau Pinang Kesan Kenderaan Awam Mula Ingkar Arahan SOP

M Update, 22/01/2021 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mendapati kenderaan pengangkutan awam, mula ambil mudah dan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, selepas seminggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di negeri itu. Pengarah JPJ Pulau Pinang Adenan Md Isa berkata berdasarkan pemantauan pihaknya sejak dua…

DARURAT : Veteran ATM Yakin Darurat Mampu Jamin Kestabilan Negara

M Update, 22/01/2021 – Proklamasi Darurat mampu memperkukuhkan keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam menangani ancaman penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyataan menjelaskan, perintah yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan perlu bagi membolehkan…

PKP 2.0 : Bilangan Jemaah Solat Jumaat & Fardu Ikut Kapasiti Ruang Solat – JAIP

M Update, 22/01/2021 – Lebih 40 jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat berdasarkan kapasiti ruang solat di masjid negeri, daerah, kariah dan surau di Pahang yang mendapat kebenaran sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr Zulkifli Ali, berkata pihaknya meminta semua…