M Update, 14/3/2019 – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi memperhebatkan operasi menyelamat, merawat dan mencegah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang. Sumbangan itu juga membolehkan agensi penyelamat serta pihak berkuasa yang terbabit dalam operasi dapat memperlengkapkan pasukan masing-masing dengan kemudahan yang diperlukan. “Tuanku…
M Update, 13/3/2019 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mendakwa pengusaha kilang tayar kitar semula yang juga suspek utama kes pembuangan sisa kimia berbahaya secara haram di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, esok. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata kertas siasatan sudah diserahkan…
M Update, 13/3/2019 – Polis Johor membuka dua kertas siasatan bagi menyiasat insiden pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kertas siasatan dibuka berikutan kesan pencemaran sisa bahan pencemaran terbabit mendatangkan kesan kepada penduduk setempat.…
M Update, 13/3/2019 – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, murka dan kesal terhadap pihak yang terbabit dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan buruk kepada murid dan orang awam. Baginda bertitah mahu pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden itu…
M Update, 13/3/2019 – Kerajaan Johor menafikan dakwaan viral laman sosial yang mengatakan pencemaran gas metana sudah merebak ke seluruh Pasir Gudang, semalam. Kerajaan negeri turut menafikan dakwaan viral seorang pelajar sekolah meninggal dunia akibat pencemaran gas metana dan hospital mengeluarkan arahan bersiap sedia (red alert). Sementara itu, sumber Agensi…
M Update, 12/3/2019 – Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, di sini diarah dikosongkan dan ditutup buat sementara waktu susulan beberapa muridnya mengalami sesak nafas, dipercayai mempunyai kaitan dengan pencemaran gas metana. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal, berkata beliau dimaklumkan seramai lapan murid sekolah…