Input your search keywords and press Enter.

Putin, Abe Usaha ke Arah Perjanjian Damai

Presiden Russia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berjalan
semasa pertemuan mereka di Kremlin di Moscow.

M Update, 24/1/2019 – Pemimpin Rusia dan Jepun mengatakan mereka tetap komited untuk menandatangani perjanjian damai beberapa dekad setelah berakhirnya Perang Dunia ke-2. Tetapi perbezaan serius ini masih tetap nampak ketara dengan nasib sekelompok kecil yang tinggal di pulau di pesisir Jepun.

Perselisihan mengenai kedaulatan Kepulauan Kuril, terletak paling selatan beberapa kilometer dari pulau utara Hokkaido di Jepun, bermula pada 1945 apabila mereka diduduki oleh Kesatuan Soviet pada hari-hari terakhir konflik.

Pulau Kunashiri, sebahagian daripada kepulauan di bawah kawalan Rusia,
dilihat dari Rausu Kunashiri Observatory Deck di Rausu, wilayah Hokkaido.

Selepas kedua-dua pemimpin itu bertemu di Moscow pada hari Isnin, Presiden Russia, Vladimir Putin berkata isu itu adalah isu utama dan menjadi keutamaan dalam perbincangan mereka tetapi menambah bahawa ‘akan bekerja keras dan pandang kehadapan bagi mewujudkan keadaan dan penyelesaian yang dapat diterima bersama’menurut media negara Rusia.

Beliau berkata apa-apa perjanjian damai “harus diterima oleh rakyat Rusia dan Jepun dan disokong oleh rakyat di kedua-dua negara.”

Bagi orang Rusia, idea untuk kembalikan kepulauan kepada Jepun adalah satu tindakan yang memalukan. Beberapa nasionalis Rusia turun ke jalanan pada Ahad lalu menuntut agar kerajaan mereka berdiri teguh dan melaungkan Kurils adalah tanah Rusia!”

Minggu lalu, Sergey Lavrov, diplomat tinggi Rusia, mengambil peluang berjumpa dengan rakan sejawatannya  Taro Kono, dengan Rusia menegaskan bahawa “kedaulatan ke atas pulau-pulau itu tidak boleh dirunding,” menurut media Rusia. “Ini adalah wilayah Rusia,” katanya lagi.

Sumber: CNN News

Leave a Reply