Input your search keywords and press Enter.

Tiada keputusan isu dana tembok – Pentagon


Karavan pendatang Amerika Tengah berada di sebuah pusat perlindungan di Piedras Negras, Coahuila, Mexico, kelmarin. Trump mengisytiharkan darurat negara bagi menangani apa yang digelar ‘pencerobohan’ samseng dadah, penyeludup manusia dan pendatang tanpa dokumen ke sempadan AS dengan Mexico. -Foto EPA

M-Update,19/2/2019, WASHINGTON: Pemangku Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Patrick Shanahan berkata semalam, tiada keputusan diambil berhubung pembiayaan tembok sempadan dengan Mexico, projek yang mungkin datangnya daripada dana tentera dilencongkan. Presiden Donald Trump mengisytiharkan darurat negara bagi menangani apa yang beliau gelar ‘pencerobohan’ samseng dadah, penyeludup manusia dan pendatang tanpa dokumen ke sempadan AS dengan Mexico.

Pengisytiharan itu bermaksud, beliau berupaya mengetepikan Kongres untuk akses dana persekutuan dari tempat lain bagi membantu membayar pembinaan tembok sempadan. Tindakan itu bagaimanapun segera dicabar di mahkamah. “Kami belum membuat sebarang keputusan. Tiada kata putus daripada saya,” kata Shanahan yang dalam perjalanan pulang ke AS dari Jerman.

Trump mahu Kongres meluluskan dana sebanyak AS$5.7 bilion (RM23.28 bilion) bagi membina tembok sempadan namun pembuat dasar hanya membenarkan AS$1.375 bilion (RM5.62 bilion) untuk penghadang, bukan tembok konkrit kukuh. Rumah Putih berkata kelmarin, Trump akan mendapatkan AS$6.1 bilion (RM24.92 bilion) daripada dua sumber Pentagon iaitu AS$3.6 bilion (RM14.7 bilion) dana pembinaan tentera dan AS$2.5 bilion (RM10.21 bilion) dana aktiviti memerangi dadah Jabatan Pertahanan.

“Kami sentiasa menjangka perkara ini akan mencetuskan banyak perhatian dan oleh kerana wang berpotensi dilencongkan, anda dapat bayangkan kebimbangan yang dicetuskan.“Pentagon akan meneliti analisis bahawa perintah darurat diisytiharkan. Berdasarkan analisis itu, kami boleh membuat penilaian apa yang wajar.

“Kami mematahui undang-undang. Kami menggunakan peraturan. Kami tidak melangkau undang-undang,” kata Shanahan.Ketika masih menjadi calon presiden, Trump berulang kali berikrar, Mexico perlu membayar pembinaan tembok itu. -AFP

Leave a Reply