Input your search keywords and press Enter.

Hanya Sekadar Cadangan Alternatif.

Baru-baru ini, berita berkenaan kenyataan daripada Menteri Industri Utama Teresa Kok dalam satu laporan akhbar bertajuk “Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh hangat diperkatakan oleh nitizen. Kenyataan itu hanya merujuk kepada beberapa kawasan yang bersesuaian di Pahang yang kebetulannya mempunyai banyak buluh.  Oleh demikian, buluh, nanas dan kelapa hanyalah cadangan alternative kepada pekebun kecil selama ini yang bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan dan bukannya sebagai pengganti.

Disebabkan kejatuhan harga minyak sawit agak teruk pada tahun lalu, Perdana Menteri Malaysia ke-7 Tun Dr Mahathir menasihatai rakyat termasuk kementerian beliau supaya tidak terlalu bergantung kepada satu jenis tanaman sahaja. Tun Dr Mahathir menegaskan mengenai pentingnya untuk negara mengkaji kesesuaian penanaman tanaman alternative bagi mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil dan ia harus bergantung kepada kesesuaian kawasan.

Sumber Bernama

Leave a Reply