Input your search keywords and press Enter.

24 jadual perjalanan feri Langkawi dibatal

M Update, 8/3/2019 – Sebanyak 24 jadual perjalanan feri penumpang menghubungkan Langkawi dan tanah besar pada 21 hingga 23 Mac ini dibatalkan berikutan paras air laut cetek.

Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line), Baharin Baharom berkata pembatalan itu bagi mengelak feri tersangkut beting pasir kerana air laut diramal surut di bawah 0.5 meter. Bagi perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis, waktu perjalanan yang dibatalkan sepanjang tiga hari itu adalah bermula 7.30 hingga 9 pagi.

Untuk laluan Kuala Perlis-Langkawi, jadual yang dibatalkan pada tarikh sama bermula 8.30 hingga 11 pagi,” katanya ketika dihubungi di Langkawi. Baharin berkata, bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah dan sebaliknya, jadual yang dibatalkan sepanjang tiga hari itu adalah pada jam 7.30 dan 8.30 pagi. Bagaimanapun, katanya, pihak Ferry Line ada menyediakan ‘Trip Ehsan ‘ pada jam 8.30 pagi untuk Langkawi-Kuala Perlis dan Kuala Perlis-Langkawi (10.30 pagi).

Sebanyak enam Trip Ehsan akan beroperasi jika keadaan mengizinkan menggunakan feri yang sesuai dengan paras air laut cetek bagi mengelak penumpang menunggu terlalu lama. Kami memohon maaf atas pembatalan jadual perjalanan yang dibuat, demi menjaga keselesaan pengguna yang dijangka bertambah berlipat ganda menjelang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019,” katanya. Beliau berkata, pihaknya juga sudah menyekat pembelian tiket feri dalam talian untuk semua jadual waktu perjalanan yang dibatalkan itu.

Sumber : HM Online

Leave a Reply