Input your search keywords and press Enter.

Juruterbang Hawk TUDM Catat Rekod Dunia

M Update, 28/3/2019 – Dengan catatan masa empat jam 12 minit yang dilakukan pada Ogos 2016, dua juruterbang pesawat Hawk 208 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sekaligus telah mencatat rekod dunia membawa penerbangan pesawat Hawk paling lama.

Mejar Fairul ‘Gillette’ Mohd Rustham, 33 dan Mejar Zulkifli ‘Steady’ Mohamad, 38 daripada No 15 Skuadron di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang mengatasi rekod bekas ketua skuadron Tentera Udara Diraja Britain, John Hurrell, yang mencatatkan tiga jam 56 minit pada 1988.

Kejayaan mereka diiktiraf syarikat pertahanan dan aeroangkasa Britain, BAE Systems yang menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Fairul berkata, mereka ketika itu melaksanakan operasi pemintasan di Laut China Selatan. Mereka berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan, Pahang untuk membuat tinjauan di Laut China Selatan dan sememangnya tidak pernah menduga akan berada dalam pesawat selama itu.

Secara lazimnya, juruterbang Hawk hanya terbang sekitar satu jam dan mereka tidak dilatih untuk terbang selama itu.

Pengiktirafan daripada BAE itu merupakan yang kedua diterima oleh dua juruterbang terbabit. Kali pertama ialah pada 2 Mac lalu daripada TUDM.

Sejarah perkhidmatan pesawat Hawk 208 TUDM bermula pada 15 April 1994 selepas pasukan itu menerima dua pesawat pertama hasil memorandum persefahaman yang dimeterai oleh negara, pada 10 Disember 1990.

Leave a Reply