Input your search keywords and press Enter.

Rezeki Peniaga Burger Miliki Dua Buah Rumah

Sumber Foto Malaysiaaktif

Biarpun pendidikan yang tertinggi dimiliki oleh Din hanyalah SPM, beliau yakin dan bersyukur rezeki yang halal dengan menjual buger dapat menampung dan menyara kehidupan sehairan keluarganya. Din Burger merupakan nama yang cukup gah di Sri Aman dan hampir seluruh Sarawak.

Walaupun Jafarudin Drahman ,42, pernah berkecil hati apabila keputusannya untuk menjual burger dan roti john tidak disokong oleh orang sekelilingnya, beliau tetap cekal dengan pilihannya malah, beliau kini sudah melihat hasil daripada titik peluhnya sendiri. Bapa kepada 4 orang anak itu percaya dengan usaha dan jualan yang memberangsangkan, pendapatan beliau mampu setaraf dengan gaji purata pekerja pejabat. Namun, untuk memperoleh onjesktif tersebut, banyak yang perlu Din lalui terutamanya cabaran dalam perniagaan.

Din berkata “Perlu ada semangat untuk berjuang. Berniaga perlu ada niat yang betul untuk berjaya dan jangan mudah berputus asa”. Sewaktu Din dalam usia muda, beliau menjadi pembantu gerai burger dengan gaji sebanyak RM10 untuk sehari. Namun, kesanggupan untuk bekerja dengtan gaji sebanyak itu pada usia muda bukan sesuatu yang patut disesalkan sebaliknya beliau menganggap perkara tersebut sebagai peluang terbaik untuk mempelajari asas perniagaan memandangkan Din tidak mempunyai pengalaman.

Selepas dua tahun berniaga, dia telah mengambil alih perusahaan burger tersebut dan tuan gerainya yang mengalami masalah kesihatan dan bermula dari situlah segala-galanya berubah untuk Din apabila suatu ketika beliau didekati seorang chef yang sedia berkongsi tip menjadikan burger lebih lazat iaitu sos yang digunakan.“Chef itu memberi saya tip bahawa keenakan burger terletak pada kombinasi sos cili dan mayonis yang terbaik. Jadi, saya pun mencuba kombinasi pelbagai jenis sos cili dan mayonis sehingga mendapat rasa terbaik.

Din menyatakan beliau juga tidak pernah terlepas daripada jatuh dan bangun dalam menjadi usahawan malah kerugian yang ditanggung oleh peniaga itu adalah lumrah dalam perniagaan. Kebiasaannya beliau akan akan menjual kira-kira 300 biji burger ataupun bersamaan dengan 50 bungkus roti semalam. Ada hari-hari yang lebih tinggi jualan. Semuanya, memberi pulangan yang lumayan iaitu dengan untung bersih kira-kira RM400 hingga RM500 sehari dari jam 5 petang sehingga 11.30 malam.

Memang benar, rezeki tidak akan datang bergolek dan rezeki juga hadir dalam pelbagai bentuk, 10 tahun lalu Din ditawarkan pekerjaan tetap sebagai Pembantu Awam di Kem Pakit, Sri Aman, memikirkan bahawa komitmen terhadap kerjaya tetap Din mengambil dua orang pekerja untuk membantunya berniaga burger disamping turut dibantu isterinya. Kini, mereka memiliki dua buah kereta, dua buah motosikal serta dua buah rumah hasil rezeki berniaga di tepi jalan itu.

“Persepsi orang bahawa menjual burger tepi jalan tidak akan membawa saya ke mana-mana adalah sama sekali tidak benar. Jika seseorang itu rajin, mempunyai semangat berniaga dan mahu terus maju, rezeki boleh diraih di mana-manapun,” katanya yang turut meluaskan perniagaannya dengan menceburi bidang pembekalan makanan kepada sekolah sekolah serta turut menyimpan hasrat membuka beberapa kiosk jenama DIN BURGER di seluruh Sarawak.

Leave a Reply