Input your search keywords and press Enter.

Bekas Presiden Vietnam Meninggal Dunia Usia 99 Tahun

M Update, 23/04/2019 – Bekas presiden Vietnam, Jeneral Le Duc Anh yang mengetuai pencerobohan ke atas Kemboja sehingga berjaya meruntuhkan rejim Khmer Rouge, meninggal dunia pada usia 99 tahun.

Duc Anh, 99, yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya di selatan Vietnam, lokasi di mana beliau mula menyertai perang komunis menentang Perancis dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut pengumuman kerajaan dan media, Duc Anh meninggal dunia petang semalam ‘akibat uzur’.

Duc Anh berkhidmat sebagai presiden Vietnam antara tahun 1992 hingga 1997, matlamat utamanya ialah memperjuangkan keutamaan parti Komunis tatkala Vietnam memulakan pembaharuan pasaran sehingga merancakkan pertumbuhan ekonomi negara itu.

Pada 1995, beliau menjadi pemimpin Vietnam pertama yang menjejakkan kaki ke AS selepas Perang Vietnam apabila menghadiri sambutan ulang tahun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Leave a Reply