Input your search keywords and press Enter.

Pergi Eropah Lobi Produk Sawit

Majlis program realiti Raja Sawit di Sri Pentas Damansara.

Kementerian Industri Utama malaysia akan mengadakan kunjungan ke beberapa negara Eropah bermula Oktober 2019 untuk meneruskan usaha dalam melobi penggunaan produk komoditi tempatan iaitu kelapa sawit.

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata kunjungan tersebut adalah untuk penemuan antara pihak kementerian dengan ahli Perlimen, anggota Suruhanjaya Eropah dan Menteri Lebinet yang baharu susulan pilihan raya Eropah yang akan berlangsung minggu depan.

Katanya, perubahan kepimpinan di benua berkenaan diharap dapat mengubah persepsi negatif terhadap penggunaan minyak sawit dan “Minggu lalu, saya sudah berkunjung ke beberapa negara Eropah dan hasil kunjungan berkenaan, saya dapati ada beberapa Menteri dan pegawai Menteri yang memberikan maklum balas agak baik berhubung minyak sawit.

“Sebagai contoh, ada beberapa Menteri dan ahli Parlimen dari Jerman yang pernah berkunjung ke sini, mereka sendiri pernah masuk ke ladang sawit dan mereka sedar yang tuduhan ke atas minyak sawit selama ini adalah tidak benar.

“Mereka mengubah fikiran dan persepsi mereka selepas mendengar pembentangan saya mengenai keluasan hutan di negara ini dan apa usaha yang dijalankan kerajaan untuk menanam semula hutan,” katanya pada sidang media di Universiti USCI di sini, hari ini.

Beliau hadir pada Program Pelajar Duta Minyak Sawit yang dianjurkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Universiti berkenaan adalah institusi kelima yang mengambil bahagian dalam program berkenaan yang dibuat bertujuan membabitkan pelajar tempatan dalam menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan industri minyak sawit.

Ia juga dilancarkan bagi menangkis tuduhan tidak berasas terhadap minyak sawit, khususnya kempen anti minyak sawit yang digerakkan Pertubuhan Bukan Kerajaan di negara barat.

Mengulas lanjut, Kok berkata Akta Delegasi yang diluluskan di Parlimen pada Mac lalu juga akan disemak semula pada 2021.

“Dalam tempoh dua tahun ini, kerajaan akan berusaha keras untuk mengubah persepsi negatif dan tuduhan yang dilontarkan ke atas minyak sawit.

“Saya juga sudah berjumpa dengan Menteri dan Timbalan Menteri di United Kingdom (UK) dan berharap sekiranya Brexit menjadi kenyataan, UK akan menjadi negara pertama yang mengiktiraf Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO),” katanya.

Leave a Reply