Input your search keywords and press Enter.

Akibat Maki Polis, Wanita Ditahan

M Update, 30/5/2019 – Seorang wanita ditahan akibat memaki anggota trafik melalui video Instagram kerana tidak berpuas hati selepas disaman Isnin lalu.

Sumber polis berkata, kejadian disedari anggota trafik berusia 38 tahun ketika berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, jam 7.40 malam, Ahad lalu. Katanya, suspek berusia 22 tahun memuat naik video di Instagram dan memaki hamun polis dengan kata-kata kesat. Suspek tidak berpuas hati apabila disaman dalam sekatan jalan di Mambau, jam 6.15 petang, Sabtu lalu.

Polis terpaksa mengeluarkan saman selepas nombor pendaftaran kereta tidak mengikut spesifikasi ditetapkan,” katanya. Sehubungan itu, wanita terbabit memuat naik video berdurasi 14 saat dan menunjukkan salinan saman sebelum memaki anggota terbabit.

Merasakan tindakan itu memalukan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota terbabit membuat laporan di IPD Seremban, jam 7.40 malam, pada hari kejadian (Ahad lalu),” katanya. Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, sepasukan anggotanya menahan wanita berkenaan di sebuah lokasi di daerah ini Isnin lalu. Katanya, wanita itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. -HM Online

Leave a Reply