Input your search keywords and press Enter.

3 hilang, kapal tangki minyak meletup di Russia

M Update, 11/06/2019 – Tiga orang hilang, dua yang lain cedera apabila sebuah kapal tangki minyak meletup dan terbakar ketika sedang mengepam minyak di selatan pelabuhan Makhachkala, Russia, kata Kementerian Pengangkutan Russia.

Agensi berita RIA memetik Agensi Pengangkutan Maritim dan Sungai Persekutuan berkata, pelabuhan itu masih berfungsi seperti biasa walaupun berlaku kemalangan.

Kebakaran itu berlaku di atas kapal VF-Tanker 16, milik agensi perkapalan Volga, sebahagian daripada bahagian kumpulan pengangkutan UCL Holding.


Agensi berita Russia berkata, tiga orang yang hilang dipercayai meninggal dunia. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *