Input your search keywords and press Enter.

Polis : Wanita Laos Dicari

Foto : Ihsan PDRM

M Update, 20/6/2019 – Polis mengesan wanita Laos, Fasay Sanesouk, untuk menjadi saksi kes dadah yang akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Georgetown, pada 25 dan 26 Jun ini.

Dalam kenyataan hari ini, polis memaklumkan wanita terbabit dikesan berada di alamat terakhir di Nombor 36 Tingkat 1 Mahsuri 11950, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Wanita itu diminta tampil menjadi saksi berhubung satu kes membabitkan makmal mini dadah mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Majikan wanita itu mendakwa, dia sudah pulang ke negara asal namun semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapati Fasay masih berada di negara ini,” katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Inspektor Tuan Nur Aziera Tuan Putera di talian 013 5904219. – Harian Metro

Leave a Reply