Input your search keywords and press Enter.

Industri Aeroangkasa Malaysia semakin matang.

M-update 24 Jun 2019 : Strand Aerospace Malaysia Sdn Bhd mencapai tahap yang kecanggihan yang tinggi dalam menyediakan penyelesaian kepada isu kejuruteraan aeroangkasa yang kompleks.

Datuk Naguib Mohd Nor peneraju perintis sektor aeroangkasa Malaysia yang juga Presiden Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA) mengakui peranan negara dalam rantaian bekalan aeroangkasa global telah menjadi “lebih matang” .

Sektor aeroangkasa telah berkembang dan sekarang sektor tersebut mampu menangani isu pembuatan dan perkhidmatan yang kompleks dan pesat membangun.

Selain itu, Malaysia telah membina nama sebagai pengeluar berwibawa untuk sektor aero, avionik, sistem dalaman dan sisterm-sistem lain serta alat ganti sayap penting pesawat A350.

Dalam segmen avionik, syarikat Malaysia bukan sahaja menyediakan hiburan di dalam pesawat serta sistem kokpit malah sudah menjadi pembekal Peringkat-1 seperti UMW Aerospace, SPIRIT Aerosystems, Senior Aeroangkasa yang membekalkannya terus kepada kilang pembuatan pesawat.

Disamping itu, syarikat Malaysia sudah menjadi pembekal Peringkat-1 seperti UMW Aerospace, SPIRIT Aerosystems, dan untuk pembekal terus kepada kilang pembuatan pesawat ialah Senior Aeroangkasa.

Bagi syarikat yang lain, mereka dikategorikan sebagai pembekal Peringkat-2 dimana bekalan yang dikeluarkan had untuk pembekal Peringkat-1 sahaja.

Dalam masa yang sama, Malaysia juga berdepan saingan sengit daripada negara lain sebagai pembekal yang pesat membangun seperti China, India, Taiwan dan negara lain.

Bagaimanapun Malaysia masih berada di rantau yang strategik bagi pertumbuhan dan berpotensi memainkan peranan kepimpinan dengan syarat ia dapat memupuk dan menerajui dalam keupayaan yang perlu untuk persaingan, dan dalam bidang seperti teknologi dan inovasi.

Leave a Reply