Input your search keywords and press Enter.

9 maut pesawat terhempas di Sweden

M Update, 15/07/2019 – Seramai sembilan maut apabila pesawat ringan membawa penerjun payung terhempas di barat laut Sweden hari ini, kata pihak berkuasa wilayah.

“Sembilan orang yang berada dalam pesawat meninggal dunia,” kata Gabriella Bandling, jurucakap di wilayah Vaesterbotten memberitahu AFP.

Menurut media Sweden, pesawat yang membawa penerjun payung dilaporkan terhempas pada jam 2 petang waktu tempatan.

Katanya, pesawat jenis GippsAero GA8 Airvan berlepas dari lapangan terbang Umea, dekat sini.

Rakaman video amatur yang disiarkan dalam laman web akhbar Aftonbladet menunjukkan pesawat terjunam dari ruang udara secara menegak.

Serpihan pesawat dijumpai di selatan pulau Umea. -AFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *