Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

May 2020

KKM Tamatkan Pemantauan 13 Kluster COVID19

M Update, 21/5/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengisytiharkan penamatan pemantauan terhadap 13 kluster akibat pandemik COVID-19. Dalam satu kenyataan, 13 kluster itu masing-masing membabitkan Seksyen 6 Bandar Baru Bangi, warga emas (pusat jagaan warga emas), Bandar Baru Bangi (majlis perkahwinan), Selayang (pasar harian), Rembau dan Tabligh Pakistan. Selain…

Tiada Lagi Rentas Negeri – Ismail Sabri

M Update, 21/5/2020 – Kerajaan hari ini memutuskan tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kenderaan yang cuba merentas negeri bukan hanya akan diarah berpatah balik tetapi juga turut dikenakan kompaun di sekatan jalan raya. “Kerajaan juga…

Individu Ingkar Larangan Rentas Negeri Akan Ditahan, Kompaun

M Update, 21/5/2020 – Individu yang didapati ingkar larangan rentas negeri akan ditahan dan dikenakan kompaun. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihak berkuasa memandang serius larangan rentas negeri terutama perjalanan tanpa kebenaran semata-mata untuk menyambut Aidilfitri. “Pasukan pemantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia…

Tiada Kes Penyakit Kawasaki Di Malaysia

M Update, 21/5/2020 – Tiada kes penyakit Kawasaki yang menjangkiti kanak-kanak positif COVID-19 di Malaysia setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, sindrom penyakit itu bukanlah kebiasaan tetapi masyarakat perlu mengelakkan jangkitan terbabit kepada kanak-kanak dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan…

Individu Dari Zon Merah Dinasihat Tidak Rentas Daerah – Noor Hisham

M Update, 21/5/2020 – Kementerian Kesihatan menasihati individu yang tinggal di Zon Merah supaya tidak melakukan perjalanan rentas daerah atau pulang ke kampung ketika sambutan Aidilfitri. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini kerana pihaknya bimbang berlaku risiko jangkitan terhadap ahli keluarga khususnya yang berada di kawasan Zon…

Cuba Rentas Negeri: Lebih 3,000 Kenderaan Diarah Patah Balik

M Update, 20/5/2020 – Lebih 3,000 kenderaan diarah berpatah balik semalam, apabila dikesan cuba melakukan perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kampung tanpa alasan munasabah. Jumlah itu menyaksikan peningkatan ketara berbanding kelmarin yang menyaksikan lebih 1,000 kenderaan dikesan cuba melakukan perjalanan merentas negeri, yang bertentangan dengan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan…

Perantau Bawa Pulang Jangkitan Baharu Ke Kelantan

M Update, 20/5/2020 – Kelantan kembali mencatatkan jangkitan COVID-19 dengan kes terbaharu dikesan di Kuala Krai, membabitkan seorang wanita mengandung. Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin. “Daripada maklumat yang saya terima, apa yang kita takutkan selama ini dari segi rentas sempadan. “Mangsa…