Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

August 2020

IPCMC Ditarik Balik, Diganti RUU Baharu – Takiyuddin

M Update, 26/8/2020 – Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), ditarik balik daripada dibentangkan untuk bacaan kali kedua, hari ini. Keputusan itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, mengikut Peraturan Mesyuarat 62, di Dewan Rakyat, di sini. “Saya mohon untuk…

MAHA 2020 Dilaksana Secara Hibrid Bermula 26 November Depan

M Update, 26/8/2020 – Buat julung kalinya, penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2020) akan dilaksanakan secara hibrid iaitu kombinasi fizikal dan maya selama empat hari bermula 26 November depan. Bertemakan ‘Pertanian Penjana Ekonomi Negara’, pameran pertanian terbesar negara itu akan bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia…

Suhu Badan Tidak Boleh Ditulis Atau Disimpan Rekod

M Update, 26/8/2020 – Rekod suhu badan ketika pemeriksaan di mana-mana premis perniagaan tidak sepatutnya dicatatkan dalam buku atau disimpan secara rekod digital. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, ketika menjelaskan perkara itu berkata, penyimpanan rekod suhu badan pengunjung adalah bercanggah dengan kerangka tatacara pengendalian dan penyimpanan…

Toleransi Kunci Keamanan, Kedaulatan Negara – KPN

M Update, 26/8/2020 – Menginjak 63 tahun kemerdekaan, rakyat Malaysia perlu terus mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain kerana ia merupakan kunci utama dalam memastikan keamanan serta kedaulatan negara terus berkekalan. Malah, peristiwa darurat serta ancaman komunis perlu dijadikan pedoman serta iktibar oleh setiap lapisan masyarakat terutama anggota polis…

AUKU 1971 Masih Relevan, Namun Terbuka Untuk Ditambah Baik – Noraini

M Update, 26/8/2020 – Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) masih relevan, kata Menteri Pengajian Tinggi  Datuk Dr Noraini Ahmad. Bagaimanapun, beliau berkata kementerian sentiasa terbuka terhadap cadangan dan pandangan bagi menambah baik akta itu termasuk memperkasakan jawatankuasa teknikal AUKU yang terdiri daripada pakar undang-undang, ahli akademik dan bukan akademik daripada…

PM Akan Umum Minggu Ini Status PKPP – Ismail Sabri

M Update, 26/8/2020 – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadualkan tamat 31 Ogos ini, pada minggu ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sama ada PKPP akan disambung atau tidak, beliau akan umumkan, kata…

TEMCO Di Kedah, Perlis tamat esok

M Update, 25/8/2020 – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketat (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran di Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul, Perlis serta empat mukim di Kubang Pasu dan Padang Terap, Kedah tamat esok. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan…

Tidak Wujud Diskriminasi Kaum Dalam Pemberian Taraf Kewarganegaraan

M Update, 25/8/2020 – Kerajaan menjelaskan tidak wujud diskriminasi terhadap mana-mana kaum berhubung pemberian taraf kewarganegaraan kepada penduduk di Malaysia. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, soal kewarganegaraan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang selain penyediaan dokumen permohonan lengkap. “Kerajaan tidak pernah melakukan diskriminasi kaum berdasarkan warna kulit.…

Sekolah Vernakular Tidak Dimansuhkan – Halimah Sadique

M Update, 25/8/2020 – Kerajaan tidak akan mengubah sistem pendidikan negara dengan memansuhkan sekolah vernakular, demi mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique, ketika memberikan jaminan itu, berkata usaha memupuk perpaduan negara dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia berupaya dirintis menerusi kaedah lain. Katanya, kerajaan ketika…