Input your search keywords and press Enter.

JKM Cari Waris Bayi Di Tinggalkan Ibu Di Hospital

M Update, 7/9/2020 – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang menjadi mangsa pengabaian ibu kandungnya sendiri.

Pegawai JKM Hulu Langat, Selangor, Mohd Sukardi Zainon berkata, bayi itu ditinggalkan ibu kandungnya selepas dilahirkan pada 17 Januari lalu di Hospital Kajang. Katanya, ibu kandung bayi itu yang dikenali sebagai Noralena menghilangkan diri dari hospital dan gagal menuntut bayinya sehingga kini.

“Ibu kandung bayi itu dikatakan warganegara Malaysia, namun tiada maklumat tepat berhubung wanita itu termasuk usianya. Bayi dilahirkan itu dalam keadaan sihat dan dirujuk oleh pihak Hospital Kajang kepada JKM pada 21 Januari lalu,” katanya tadi

Mohd Sukardi berkata, bayi lelaki terbabit diselamatkan dan ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras mengikut Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 ( Pindaan 2016 ).

“Bayi itu kini diletakkan di bawah perintah jagaan orang yang layak dan sesuai. Justeru, pihak JKM mahu mengesan waris kepada bayi ini untuk tindakan lanjut. Waris atau orang ramai yang mengenali ibu kandung bayi terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-kanak Daerah Hulu Langat, Selangor di talian 03-87378007,” katanya. -HM Online