Input your search keywords and press Enter.

Taman Tema Lost World Of Tambun & Hotel Ditutup

M Update, 14/10/2020 – Taman tema Lost World of Tambun dan Lost World Hotel ditutup buat sementara sebagai langkah keselamatan selepas seorang daripada pengunjungnya disyaki dijangkiti COVID-19.

Pihak pengurusan Sunway Lost World of Tambun dalam satu kenyataannya berkata, langkah penutupan sementara selama 14 hari itu dibuat atas nasihat secara lisan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pihak pengurusan berharap orang ramai bertenang dan mereka terus komited memberi kerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan serta KKM.

Susulan itu, taman tema dan hotel berkenaan akan menutup operasi selama 14 hari bermula 13 hingga 26 Oktober bagi kerja pembersihan yang mendalam di sekitar taman tema serta hotel untuk melindungi pengunjung dan orang ramai.

Ini bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pengunjung serta semua kakitangan menjadi keutamaan dan terus berusaha memberikan maklumat yang tepat kepada semua. KKM dengan langkah segera melakukan pengesanan kontak kepada semua kontak rapat yang berpotensi.