Input your search keywords and press Enter.

KKM Nafi Data COVID-19 Dimanipulasi

M Update, 27/10/2020 – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan Kementerian Kesihatan (KKM) memanipulasikan data pandemik COVID-19 yang dilaporkan pihaknya.

Data COVID-19 yang dikumpulkan KKM sehingga 12 tengah hari setiap hari menggunakan sistem informasi maklumat kesihatan awam di setiap negeri. Menurutnya, data-data tersebut bukanlah dilakukannya secara bersendirian tetapi bersama pasukan pasukan sebalik tabir dari hari pertama (kes COVID-19). Selain itu, perbincangan turut dilakukan dalam menentukan kluster sesuatu kes.

“Janganlah bila sifar (kes COVID-19) dicatatkan data itu diterima. Tetapi bila 1,000 kes dicatatkan ada pihak yang tidak terima data tersebut,” katanya menjawab soalan pemberita pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 semalam.

Semalam, Malaysia mencatatkan 1,240 kes baharu positif COVID-19, angka tertinggi sejak pandemik itu bermula di negara ini.  Ini merupakan kali kedua Malaysia mencatatkan kes positif baharu mencecah empat angka selepas mencatatkan 1,228 kes baharu Sabtu lepas.