Input your search keywords and press Enter.

DARURAT : Kekang Penularan COVID-19 Di Sabah

M Update, 12/01/2021 – Kerajaan negeri menyambut baik pelaksanaan darurat sebagai langkah mengekang penularan COVID-19 terutama di Sabah yang merekodkan jumlah kes positif tinggi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pelaksanaan darurat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hingga 1 Ogos ini, sebagai langkah mengekang penularan COVID-19.

Hajiji berkata, memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 menjadi keutamaan terutamanya Sabah yang merekodkan antara jumlah kes positif tinggi.

“Keperluan mengekang penularan virus ini dan melindungi kesihatan orang ramai adalah sangat penting,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu jawatankuasa bebas dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan dan yang berkait.

Baginda memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung COVID-19 selepas menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Negara, semalam.