Pada 26 November yang lalu, Malaysia dan Jepun telah memeterai memorandum kerjasama berkaitan produk HALAL. Produk makanan HALAL di Jepun bukan lagi semata-mata bersandarkan kepada factor keagamaan Islam tetapi ia sinonim dengan kebersihan dan gaya hidup sihat yang menjadi amalan rutin rakyatnya. Oleh itu, negara Jepun amat memandang serius dengan kepentingan produk HALAL kerana Jepun diakui merupakan sebuah negara yang sentiasa mementingkan kebersihan dan gaya hidup sihat.
Dengan terjalinnya persahabatan erat diantara Malaysia dan Jepun, ia dapat memudahkan para usahawan tempatan untuk menembusi pasaran HALAL di negara itu. Malah Agro Malaysia turut komited untuk memastikan para usahawan tempatan khususnya bumiputera Islam mengambil peluang menembusi pasaran halal di Jepun secara besar-besaran sempena MHE 2019.
Ekspo di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan tema ‘Malaysia Ke Jepun Untuk Olimpik 2020’ itu melibatkan enam bidang produk halal iaitu makanan dan minuman, bahan ramuan, bioteknologi, kosmetik, penjagaan kesihatan dan farmaseutikal serta logistik. MHE 2019 membuka peluang keemasan ini yang sekali gus menjadi permulaan penerokaan pasaran halal yang lebih luas ke Jepun selepas ini.
Permintaan terhadap makanan halal diramalkan semakin tinggi di Jepun sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari 24 Julai hingga 9 Ogos yang turut dijangka menyaksikan kemasukan 40 juta pelancong asing dengan sebahagian besarnya adalah Muslim.
Sumber-Utusan