M Update, 29/1/2019 – Berikutan banjir yang melanda di Utara Sabah sejak Jumaat lepas, dua sekolah di daerah Beluran masih ditutup hari ini akibat banjir yang menyebabkan kawasan sekolah turut ditenggelami air manakala sekolah-sekolah lain sudah beroperasi hari ini.
Semalam, tujuh sekolah termasuk sebuah sekolah menengah di Beluran dan Pitas ditutup akibat banjir, selain tiga dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir termasuk sebuah di Kota Marudu.
Tujuh sekolah yang ditutup semalam iaitu masing-masing empat di Beluran dan tiga di Pitas membabitkan seramai 1,989 murid dan pelajar serta 173 guru.
Mohon ibu bapa awasi anak-anak agar tidak bermain air banjir untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Sumber : Harian Metro