M-Update,19/2/2019, PARIS: Sekolah di Perancis bakal menggantikan penggunaan perkataan ‘ibu’ dan ‘bapa’ dengan ‘ibu bapa 1’ dan ‘Ibu bapa 2’ susulan pindaan undang-undang yang di kemukakan di Parlimen Perancis minggu ini. Laman berita RT melaporkan, konvensyen penamaan baharu ini seolah-olah bertujuan untuk menamatkan diskriminasi terhadap ibu bapa yang sama jantina tetapi pengkritik berpendapat bahawa ia ‘menyahmanusiakan’ fungsi keibubapaan dan mungkin menyukarkan penentuan siapa yang bakal tergolong sebagai ‘ibu bapa 1’.
Perbahasan yang diluluskan pada Selasa lalu adalah sebahagian daripada rancangan lebih luas untuk membangunkan ‘sekolah amanah’ yang bakal mewajibkan semua kanak-kanak berusia tiga tahun ke sekolah.“Pindaan ini bertujuan untuk memupuk kepelbagaian keluarga kanak-kanak dalam bentuk pentadbiran dalam bentuk borang yang bakal dikemukakan di sekolah,” kata Ahli Parlimen, Valérie Petit parti REM, pimpinan Presiden Emmanuel Macron.
Petit berkata, terdapat keluarga yang mengadu berdepan masalah untuk mengisi borang kerana mereka tersepit dalam budaya sosial dan keluarga lama atau moden.“Pada kami, artikel ini adalah kayu pengukur kepada kesaksamaan sosial,” katanya. Sementara itu, seorang bekas wartawan berketurunan Israel-Perancis, Julien Bahloul menerusi laman Twitter menulis: “Saya sudah menzahirkan rasa terkejut berhubung ‘kontroversi’ berhubung borang ibubapa/ibu/bapa.
“Ibu dan bapa adalah orang tua, bukan untuk dimalukan. Di #TelAviv borang sedemikian sudah lama ditukar tanpa menimbulkan sebarang kebimbangan.Cadangan untuk menghapuskan terma ‘ibu’ dan ‘bapa’ yang memihak kepada bahasa yang lebih inklusif, kerana bahasa bukan khusus sudah digunakan, sejak perdebatan pada 2013 diadakan sebelum pengesahan perkahwinan sejenis.
“Ketika mendengar ada orang mengatakan ia adalah model lama, saya ingin mengingatkan orang ramai hari ini antara apa yang dinikmati institusi kesatuan, sivil atau perkahwinan, kira-kira 95 peratus adalah pasangan lelaki-wanita,” kata Ahli Parlimen Konservatif, Xavier Breton ketika berhujah berhubung pindaan baharu itu, sedangkan rakan seperjuangannya, Fabien Di Filippo menganggap ia adalah satu tindakan ‘ideologi menakutkan’. – Agensi