M Update, 9/4/2019 – Ku sangkakan tali tapi rupa-rupanya ular tedung selar sepanjang 4 meter. Allah masih sayang, pencari besi buruk bernasib baik sempat mengelak dari dipatuk ular tedung selar selepas menyangka reptilia itu adalah tali yang berjuntai di atas bangsal barangan lusuh di Kampung Bukit Naka, di Padang Terap.
Lelaki itu menemui ular berkenaan ketika mencari besi buruk di sekitar bangsal yang menempatkan barangan terpakai.
Hasil pemeriksaan mendapati, ular tedung selar itu ditemui antara alang bangsal dan penutup enjin kereta terpakai di bangsal berkenaan.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular tedung selar itu yang bertindak agresif dan sukar ditangkap. Akhirnya ia dapat ditangkap oleh anggota berdasarkan kemahiran dan peralatan khas yang digunakan.
Sumber : Harian Metro