Saniman merupakan seorang pesara pada tahun 2003 dengan pangkat Sub Inspektor menceritakan pelbagai kenangan dan cabaran ditempuh sepanjang berkhidmat dalam PDRM, membuatkannya lebih bersemangat mencurah bakti kepada negara.
Kenangan paling tidak boleh dilupakan apabila diserbu pengganas komunis. Beliau terjun dari lori dan masuk ke dalam longkang sedalam sembilan meter.
“Alhamdulillah, saya tidak cedera, tetapi ada beberapa rakan cedera, mana tidaknya, peluru dilepaskan di sana sini” – Saniman
Beliau menyaksikan sendiri tembakan dan peluru bertaburan, ketika itu dia berkhidmat sebagai anggota polis bersama Pasukan Pasukan Polis Hutan (PPH) antara 1974 hingga 1985.
Saniman berasal dari Batu Pahat, Johor, berharap golongan muda yang baru dan berminat menyertai PDRM bekerja bersungguh-sungguh, ikhlas dan menjaga nama baik serta imej PDRM.
“Zaman sekarang yang muda mudah naik pangkat, gaji lepas tamat rekrut pun boleh beli kereta, jadi bekerjalah dengan baik,”