Input your search keywords and press Enter.

Remaja mengaku tidak bersalah serang rumah ibadat kaum Yahudi

M Update, 01/05/2019 – Seorang remaja yang dituduh menembak mati pengikut Yahudi dan mencederakan tiga mangsa lain di rumah ibadat kaum itu di California mengaku tidak bersalah semalam atas tuduhan membunuh dan melakukan jenayah kebencian.

John Earnest, 19 dilihat tidak memberikan sebarang reaksi dan hanya berdiam ketika peguamnya mengemukakan rayuan.

Dia dituduh melepaskan tembakan menggunakan rifel pada satu upacara keagamaan di rumah ibadat Chabad of Poway berhampiran San Diego, Sabtu lalu, iaitu hari terakhir perayaan Passover.

Tertuduh kekal dalam penjara sehingga sesi mahkamah seterusnya pada 30 Mei nanti.

Dalam insiden berkenaan, seorang wanita berusia 60 tahun, Lori Kaye maut manakala rabai Yisroel Goldstein, 57, kehilangan jari telunjuk.

Dua lagi mangsa, masing-masing dikenali sebagai Almog Peretz, 34 dan anak saudara perempuannya, Noya Dahan, 8 mengalami kecederaan tetapi sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Earnest turut berdepan tuduhan membakar masjid di Escondido yang disebut dalam manifesto dihasilkannya namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Serangan di Poway itu berlaku enam bulan selepas seorang pelampau kulit putih membunuh 11 orang pengikut Yahudi di sebuah rumah ibadat di Pennsylvania, serangan terburuk ke atas kaum Yahudi dalam sejarah moden Amerika Syarikat. – AFP

Leave a Reply