M Update, 09/05/2019 – Kerajaan Hungary dilaporkan memaksa 11 warga Afghanistan menyeberangi masuk ke Serbia, selepas menolak permohonan suaka mereka dan mengusir 12 lagi yang disabitkan atas kesalahan menyeludup ke Kabul.
Bagaimanapun, pengusiran lima lagi warga Afghanistan, dari sebuah keluarga ditangguhkan sementara, susulan permohonan rayuan kepada Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.
Permohonan itu dikemukakan oleh Jawatankuasa Helsinki Hungary, iaitu sebuah kumpulan hak asasi manusia.
Pejabat Suaka dan Imigresen Hungary (IAO) berkata, pendekatan itu adalah sebahagian daripada operasi bersama agensi kawalan sempadan dan pantai Eropah, iaitu Frontex.
Katanya, setakat ini, sebanyak 39 individu sudah dihantar ke Afghanistan.
Jawatankuasa Helsinki berkata, operasi oleh Kerajaan Hungary itu menyasar tiga keluarga dari Afghanistan dan dua keluarga, termasuk seorang wanita mengandung sudah diusir ke Serbia. – Reuters