M Update, 21/05/2019 – Seorang wanita Poland melahirkan bayi kembar enam pertama di negara itu dengan setiap seorang bayi seberat kira-kira satu kilogram, kata doktor di Hospital Universiti di sini mengumumkan semalam.
“Ini adalah kelahiran pertama kembar enam di Poland dan satu daripada beberapa kelahiran di dunia,” kata doktor pakar di Hospital Universiti, Prof Dr Ryzszard Lauterbach dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Poland, PAP.
Katanya, bayi terdiri daripada empat perempuan dan dua lelaki itu memiliki berat antara 890 gram sehingga 1.3 kilogram, dilahirkan menerusi pembedahan caesarean pada minggu ke-29 kehamilan.
“Ibu bayi kembar enam itu amat gembira,” kata doktor berkenaan menambah wanita berusia 29 tahun itu sudah mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun sebelum ini.
Doktor di bandar selatan Poland di sini berkata, kelahiran sekstuplet itu adalah sesuatu yang jarang berlaku.
Malah Presiden Poland, Andrzej Duda mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kembar berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan di Twitter. -AFP