Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

May 2019

BBC Pecat Penyampai Radio Hina Bayi Diraja

M Update, 10/05/2019 – Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) memecat penyampai radio yang menyiarkan imej chimpanzee lengkap berpakaian di Twitter di bawah keterangan gambar ‘Bayi Diraja meninggalkan hospital’. Meghan, isteri kepada Putera Harry, melahirkan anak lelaki pertama mereka, Archie, awal pagi Isnin lalu. Bayi itu anak hasil perkahwinan campur pertama dilahirkan…

3 Lelaki Bersalah Bakar Masjid Syiah Di Australia

M Update, 10/05/2019 – Seorang hakim Australia hari ini memutuskan, tiga lelaki bersalah melakukan keganasan selepas membakar sebuah masjid di negeri selatan Victoria pada Disember 2016. Tiga lelaki terbabit, Ahmed Mohamed, Abdullah Chaarani dan Hatim Moukhaiber membakar sebuah masjid Syiah di pinggir bandar ini. Dua daripadanya berkomplot melakukan serangan di…

Empat maut rusuhan di penjara Myanmar

M Update, 10/05/2019 – Empat banduan maut dalam rusuhan di penjara di utara Myanmar, kata pegawai hari ini, yang berlaku selepas proses pengampunan yang menyaksikan lebih 6,000 tahanan dibebaskan, termasuk dua wartawan Reuters, Wa Lone dan Kyaw Soe Oo. Rusuhan di penjara Shwe Bo di wilayah Sagaing bermula petang semalam,…

Kementerian Kesihatan Singapura Sahkan Kes Import Cacar Monyet, 23 Dikuarantin

M Update. 10/05/2019 – Kementerian Kesihatan (MOH) republik mengesahkan menerima satu kes import jangkitan cacar monyet membabitkan seorang rakyat Nigeria yang tiba bulan lalu untuk menghadiri satu bengkel. Lelaki berusia 38 tahun itu diuji positif dijangkiti cacar monyet, penyakit jarang ditemui akibat sejenis virus yang dipindahkan kepada manusia daripada haiwan,…

Hungary paksa 11 pemohon suaka masuk Serbia

M Update, 09/05/2019 – Kerajaan Hungary dilaporkan memaksa 11 warga Afghanistan menyeberangi masuk ke Serbia, selepas menolak permohonan suaka mereka dan mengusir 12 lagi yang disabitkan atas kesalahan menyeludup ke Kabul. Bagaimanapun, pengusiran lima lagi warga Afghanistan, dari sebuah keluarga ditangguhkan sementara, susulan permohonan rayuan kepada Mahkamah Hak Asasi Manusia…

Ahli perniagaan Kristian sedia 700 juadah berbuka

M Update, 09/05/2019 – Ahli perniagaan dari India, Saji Cheriyan, menyediakan 700 juadah berbuka puasa sehari untuk pekerjanya sepanjang Ramadan ini. Cheriyan berkata, walaupun beragama Kristian, beliau adalah ‘manusia’ dan umat Islam juga saudaranya dan beliau berkongsi perayaan dan minat dengan mereka. Katanya, projek berbuka puasa itu mengeratkan kasih sayang…

Korea Utara bedil roket lagi

M Update, 09/05/2019 – Korea Utara membedil beberapa roket tidak dikenali hari ini, kata tentera Korea Selatan, ketika wakil khas Amerika Syarikat melawat Seoul untuk berbincang cara memecahkan kebuntuan mengenai program nuklear. “Korea Utara membedil roket tidak dikenali ke arah timur dari Sino-ri di wilayah Pyongan Utara,” kata Ketua Turus…

Tiada dana kesihatan – 1,700 berisiko diamputasi di Gaza

M Update, 09/05/2019 – Ketiadaan dana kesihatan di Gaza bermaksud 1,700 penduduk yang ditembak tentera Zionis mungkin terpaksa menjalani amputasi untuk dua tahun akan datang, kata Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) wilayah Palestin, Jamie McGoldtrick, semalam. McGoldrick berkata, 29,000 penduduk Palestin cedera dalam bantahan pada masa lalu dan 7,000…

Penutupan ‘The Beach’ dilanjut hingga 2021

M Update, 09/05/2019 –  Penutupan teluk Thailand yang popular menerusi filem ‘The Beach’ dilanjutkan dua tahun lagi bagi membolehkan usaha memulihkan sepenuhnya karang dan hidupan liar, kata pegawai hari ini, mengundang kritikan keras industri pelancongan. Teluk Maya, yang dikelilingi tebing di pulau Ko Phi Phi Ley dan laut biru, terkenal…