M Update, 14/6/2019 – Vokalis kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Joey dimasukkan hospital akibat kemalangan jalan raya di hadapan stesen minyak jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), semalam.
Difahamkan akibat kemalangan, empat tulang rusuknya patah dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Ampang.
Joey atau nama penuhnya Johari Mat Rozekhi, 56, menerusi perkongsian dalam Facebook miliknya mengadu mengenai kesakitan yang ditanggungnya akibat kemalangan itu.
“Aku baru eksiden (kemalangan) depan Shell MRR2. Moto (motorsikal) patah depan. Kini dalam kesakitan. Seandainya aku mati dulu, ampunilah dosa aku.
“Seksanya aku. Hanya tuhan yang tahu, Bukankah lebih mudah, kalau kau cabut saja nyawa aku ni,” katanya. – BH Online