Input your search keywords and press Enter.

Nasib cuma patah tulang rusuk

M Update, 25/07/2019 – Seorang budak perempuan boleh dikatakan ajaib apabila masih bernyawa selepas digilis kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika bermain dalam kotak yang ditinggalkan di tengah jalan persendirian berkenaan.

Rakaman kamera keselamatan yang merakam kejadian di Wujiang itu menunjukkan saat kanak-kanak berkenaan berlari ke tengah jalan yang sunyi untuk bermain di dalam kotak yang ditinggalkan di situ.

Tidak lama kemudian SUV putih berkenaan dilihat membelok ke jalan itu sebelum merempuh kotak berkenaan dengan kanak-kanak itu masih di dalam.

Pemandunya berhenti tidak jauh dari situ selepas penduduk berlari keluar dan menjerit untuk menyelamatkan mangsa.

Ajaibnya, kanak-kanak itu terselamat dan dibawa ke hospital kerana patah rusuk, lapor Mirror Online.

Pemandu yang tidak didedahkan identitinya dilaporkan memberitahu polis Suzhou bahawa kotak itu di tempat titik hitam dan dia tidak tahu kanak-kanak itu berada di situ.

Tidak jelas bila kejadian berlaku, tetapi pemandu itu didapati bersalah, Isnin lalu, lapor Beijing Times tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Leave a Reply