M Update, 3/10/2019 – Pemandu e-hailing disyaki merogol anak kenalan rapatnya yang berusia 10 tahun di Taman Kinrara, Puchong pada 26 September lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, ibu mangsa tampil membuat laporan polis selepas mendapati terdapat kesan kecederaan pada kemaluan anaknya. Katanya, pemeriksaan lanjut doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Ketika kejadian, kanak-kanak perempuan itu sedang bermain ‘game’ sebelum didatangi suspek lalu merogolnya.
Difahamkan, suspek berusia 40-an sering datang ke rumah mangsa dan semasa kejadian mangsa berseorangan di rumah. Sejurus kejadian, suspek terus melarikan diri dan bersembunyi, namun kita percaya dia masih berada di Malaysia,” katanya ketika dihubungi hari ini. Menurutnya, polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 kerana merogol. – HM Online