Input your search keywords and press Enter.

Istana Shuri Dilaporkan Musnah Dalam Kebakaran Di Selatan Pulau Okinawa

Kebakaran melanda Kastil Shuri yang merupakan bangunan Warisan Dunia di Jepang. (AFP)

M Update, 31/10/2019 – Sebuah lokasi terkenal yang menjadi tumpuan pelancong, Istana Shuri dilaporkan musnah dalam kebakaran di selatan pulau Okinawa, pagi tadi.

Reuters melaporkan, istana Tapak Warisan Dunia itu dibina lebih 500 tahun lalu ketika pemerintahan Ryukyu.

Rakaman televisyen menunjukkan pasukan bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di kompleks bertingkat itu selepas menerima panggilan kira-kira jam 2.47 pagi tadi, lapor NHK.

AFP yang memetik jurucakap bomba Naha, Daisuke Furugen berkata, tiga bangunan utama musnah sepenuhnya.

“Usaha memadam api masih diteruskan dengan bantuan 30 jentera dan 100 anggota bomba. Sehingga kini tidak ada laporan kecederaan diterima,” katanya.

Leave a Reply