Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

October 2019

Subsidi Minyak: Bil TNB panduan kelayakan M40

M Update, 16/10/2019 – Mekanisme saringan peruntukan subsidi petrol kepada golongan isi rumah berpendapatan pertengahan 40 peratus (M40) bakal bersandarkan beberapa panduan daripada agensi tertentu. Selain butiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kelayakan menerima subsidi oleh golongan yang sering dikatakan dihimpit peningkatan kos sara hidup tetapi tidak diberi peruntukan sewajarnya…

Gali Kubur Lepas Rindu

M Update, 16/10/2019 – Kerana terlalu rindukan ibunya, seorang pemuda sanggup menggali semula kubur dan membawa pulang jenazah wanita itu yang baru saja dikebumikan 40 hari lalu di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur. Kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila pemuda terbabit, Nasir mengusung jenazah ibunya, Sumarto di dalam guni dan dibawa…

Hantar Anak Ke Taska, Pra Sekolah Di Beri Pelepasan Cukai RM2,000

M Update, 16/10/2019 – Ibu bapa boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM2,000 jika mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah yang dihantar ke taman asuhan atau pra-sekolah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berbanding RM1,000 sebelum ini. Pelepasan cukai itu antara peruntukan menarik terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2019…

Bayi Ajaib, Ditemui Selamat Selepas Ditanam Selama Beberapa Jam

M Update, 15/10/2019 – Seorang bayi pramatang berusia tiga hari ditemui selamat selepas ditanam selama beberapa jam oleh keluarganya di Uttar Pradesh, India. Daily Mail melaporkan, bayi itu diselamatkan oleh sepasang suami isteri, Hitesh Kumar dan Vaishali ketika ingin menggali kubur bayi mereka yang meninggal dunia akibat keguguran. Bayi perempuan…

Meninggal Dunia Selepas Selesai Mengajar Al-Quran

M Update, 15/10/2019 – Seorang guru al-Quran meninggal dunia sebaik sahaja selesai mengajar di Masjid Wadihana, Mergong, di sini, pagi semalam. Abdullah Sirajuddin Ahmad, 74, menghembuskan nafas terakhir selepas rebah di ruang mengajar masjid berkenaan kira-kira jam 11 pagi. Anaknya, Syeikh Zainul Mukhtar, 45 memaklumkan, bapanya keluar dari rumah di…

Perbaiki SOSMA, Bukan Dimansuhkan

M Update, 15/10/2019 – Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak perlu dimansuhkan, sebaliknya memadai dipinda dengan beberapa penambahbaikan. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, mengesahkan akta berkenaan sedang diteliti semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). “SOSMA tidak perlu dimansuhkan, cuma perlu diperbaiki. Dulu SOSMA disalah guna termasuk ke atas Maria…

Lanjutan Cuti Bersalin 90 Hari Kekal – TPM

M Update, 15/10/2019 – Sejajar usaha memberi lebih banyak ruang kepada wanita mendampingi anak baru dilahirkan, kerajaan kekal dengan keputusan memanjangkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari ke 90 hari, berkuat kuasa 2021. Walaupun begitu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan untuk membuka ruang perbincangan bersama pihak…

Graduan Biadap: UM Buat Laporan Polis

M Update, 15/10/2019 – Universiti Malaya hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang graduan kejuruteraan awam yang mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM semasa sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59 pagi semalam. UM dalam kenyataannya berkata, pihaknya kini menyerahkan…