Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

October 2019

Tun M : Majlis Tindakan Perubahan Iklim Bakal Ditubuh

M Update, 10/10/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan menubuhkan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Nasional (MTPIN), selari janji digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH). Penubuhan majlis itu akan dibentuk menerusi Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia yang hari ini dijenamakan semula sebagai Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTCCC).…

Harga RON95 Tak Naik Mendadak Bila Diapungkan

M Update, 10/10/2019 – Harga RON95 yang akan diapungkan mulai tahun depan sejajar pelaksanaan program subsidi petrol bersasar, dijangka tidak naik ketara sehingga memberi kesan mendadak kepada rakyat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata rakyat yang tidak tergolong sebagai penerima subsidi…

Kanak-Kanak Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

M Update, 10/10/2019 – Jenazah kanak-kanak perempuan ditemui terapung, dipercayai terjatuh dalam lubang kumbahan rumah di Batu 5, Jalan Gambang di sini. Jenazah Nurarisha Abdullah, 5, ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira jam 9.05 malam tadi. Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan,…

Kerajaan China Musnahkan Tanah Perkuburan Muslim Etnik Uighur

M Update, 10/10/2019 – Kerajaan China dipercayai memusnahkan tanah perkuburan yang bersemadi di situ daripada generasi kaum Uighur malah paling menyedihkan tulang-tulang mayat bertaburan yang didakwa oleh aktivis kaum berkenaan untuk meleyapkan identiti kaum tersebut di daerah Xinjiang. Menurut penganalisisi imej Satelit Earthrise Alliance berkata tahun 2014 perkara ini berlarutan…

170 Mangsa Banjir Masih Di PPS

M Update, 10/10/2019 – Seramai 170 orang daripada 55 keluarga yang dipindahkan kerana banjir di Baling masih ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir (PPS) sehingga 8 pagi ini. Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Baling, Lt Mohd Faizol Ab Aziz berkata kesemua mereka yang merupakan penduduk di beberapa buah kampung dalam…

Perbezaan WKB 2030 Berbanding Pelan Kerajaan Yang Lain

M Update, 10/10/2019 – Perbezaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dengan beberapa pelan kerajaan sebelum ini antara yang bakal diperjelaskan sekali gus menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Dalam aturan mesyuarat dikeluarkan laman web Parlimen, ia dibangkitkan pada soalan pertama semasa sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri oleh Vivian Wong Shir Yee…

R Gopinathan Peluk Islam

M Update, 9/10/2019 – Bekas pemain Pahang, R Gopinathan sah telah memeluk Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah di Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang sebentar tadi. Memetik laporan sebuah portal sukan, beliau juga akan menggunakan nama baharu iaitu Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra dan dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan…

PSSI Didenda FIFA 643 Juta Insiden GBK

M Update, 9/10/2019 – Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dikenakan hukuman denda 45,000 Swiss franc (RM190,000) atau Rp 643 juta susulan keganasan penonton ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia di Jakarta, awal bulan lalu. PSSI menerima hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), menurut laporan…