Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

November 2019

Selepas Rokok, AirAsia Rancang Henti Jual Arak Pula

M Update, 12/11/2019 – Berkuatkuasa semalam, AirAsia telah menghentikan jualan rokok bebas cukai dalam pesawat serta laman webnya, demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia , Tony Fernandes. Syarikat penerbangan itu telah melaksanakan kempen anti merokok dan vape secara menyeluruh di 120 pejabat dan stesen di seluruh Asia Pasifik manakala…

Tikam, Bawa Mayat Ibu Atas Kerusi Roda

M Update, 12/11/2019 – Lelaki yang menikam ibunya sehingga maut dalam kejadian di Taman Kampung Padang, Kuantan, hari ini, meletakkan mayat ibunya di atas kerusi roda sebelum menolak keluar dari rumah sejauh 50 meter. Difahamkan, kejadian disedari orang awam yang berada di gerai berhampiran yang melihat tindakan lelaki dipercayai sakit…

Kenderaan Berat : Kerajaan Tidak Akan Kompromi Soal Keselamatan

M Update, 12/11/2019 – Kerajaan tidak akan berkompromi dengan aspek keselamatan jalan raya melibatkan kenderaan berat termasuk isu berkaitan kenderaan dan pemandu itu sendiri. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menegaskan walaupun menyedari ramai di kalangan pemandu lori dan bas mendesak kementerian melonggarkan undang-undang terhadap khidmat pengangkutan perdagangan itu, kementerian…

KDN : Pertimbang Ganjaran Lapor Kes Dadah

M Update, 12/11/2019 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertimbangkan cadangan supaya ganjaran diberikan kepada anggota yang melaporkan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Timbalan Menterinya Datuk Mohd Azis Jamman berkata, PDRM memandang serius isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota polis. “Kita mengalu-alukan jika ada anggota…

Penunjuk Perasaan Semakin Mengganas!

M Update, 12/11/2019 – Seorang penunjuk perasaan parah ditembak pada jarak dekat oleh polis dalam kejadian yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live, pada hari dianggap paling ganas sepanjang bantahan tercetus di Hong Kong, lima bulan lalu. Seorang lelaki turut dicurah cecair mudah bakar dan dibakar hidup-hidup susulan satu…

Dr M : Malaysia Ambil Langkah Betulkan Pihak Berkuasa Penerbangan

M Update, 12/11/2019 – Kerajaan akan mengambil langkah perlu jika terdapat apa-apa yang salah dengan pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ditanya mengenai laporan bahawa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) telah menurunkan penarafan keselamatan ruang udara Malaysia, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu…

Tunku Azizah Terima Anugerah Ikon Kraf 2019

M Update, 12/11/2019 – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Ikon Kraf 2019 oleh Majlis Kraf Dunia (WCC) atas sumbangan baginda dalam mengekalkan warisan kraf tradisional. Selain Tunku Azizah, Institut Kraf Negara (IKN) dan Kraf Komuniti Ku (KKK) masing-masing dipilih sebagai Institut/Akademi…

KPDNHEP : Cadang Beri Zakat Kepada Mahasiswa Program Food Bank Siswa

M Update, 12/11/2019 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang untuk memberikan zakat kepada mahasiswa yang menerima manfaat daripada program Food Bank Siswa tahun hadapan. Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata selain bantuan makanan melalui program Food Bank, sumbangan zakat itu dilihat dapat meringankan…

Pengawai Polis Jadi Wira Selamatkan Pelombong Haram

M Update, 12/11/19 – Seorang pegawai polis di Pinrang, Sulawesi Selatan diangkat sebagai wira selepas enggan menggunakan kekerasan sebaliknya melutut dan merayu perusuh daripada membunuh seorang pelombong haram. Dalam video yang tular, ketua polis daerah Cempa, Akbar dilihat melindungi pelombong itu daripada penduduk yang bersenjatakan parang sebelum melutut dan merayu…

TPM : Aset Wakaf Perlu Diurus Secara Professional

M Update, 12/11/2019 – Hanya sedikit aset termasuk tanah yang disumbangkan secara wakaf menjana pendapatan yang mampu menyokong perkembangan ekonomi ummah di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata hanya 12 peratus daripada 31,000 hektar tanah yang diwakafkan sudah dibangunkan. Katanya, kebanyakan tanah wakaf…